Anak saya minggu depan baru nak masuk 9 bulan. Tekstur makanan dia masih lagi bubur lembik tapi takde lah lembik mcm puree tu. Sbb dia hanya akan makan bubur lembik je. Saya ada try tukar tekstur bubur kasar sikit tapi dia mcm tercekik lepastu dia muntahkan balik semuanya. Saya try beberapa kali jgk tapi tetap sama dia muntahkan semuanya. Takpe ke umur dah nak 9 bulan tapi masih makan bubur lembik je? Anak saya tak tumbuh gigi lagi. Tapi gusi dia dah keras dah mmg sakit bila dia gigit 😂 Saya masak mcm2 jenis bubur je lah. Mcm bubur masak lemak labu, bubur tomyam ayam, bubur kari ayam, bubur ayam buttermilk. Sbb bubur2 mcm tu je yg dia suka makan dan habis 😂 Saya ada try bagi dia finger food mcm potato cheese stick, pancake, kek kukus labu. Tapi dia makan sikit je. Snacking dia kadang2 saya bagi buah2, roti, biskut baby. Saya ada baca pasal picky eater tu. Antara sbb makanan yg tak pelbagai tu pon boleh jadi picky eater. Betul ke? Jadi saya risau anak saya akan memilih makan bila dia besar sikit nanti sbb sekarang dia hanya makan bubur. Terima kasih jika boleh jawab & hilangkan kerisauan saya 😊 #firstmom #makan #baby9bulan
Đọc thêm
Saya selalu dalam dilema tentang waktu mandi anak n berapa kali mandi dalam sehari. Sejak dari dalam pantang mmg anak saya akan mandi 2 kali je sehari. Pagi paling lewat pukul 10.30. petang paling lewat pukul 6. Tapi sekarang ni bila dah bawa dia keluar sampai lewat petang dalam pukul 6-6.30 tu rasa mcm dah terlalu lewat untuk bagi dia mandi. Kalau mcm tu, ibu2 akan mandikan jgk bila sampai rumah atau lap2 je badan anak ye? takpe ke ye kalau anak mandi lewat2 mcm tu? #firsttimemom #bantujawab
Đọc thêm

Nak tanya rasa sakit contractions tu sakit bahagian perut je ke atau bahagian bawah sekali ye? Sbb sekarang saya dah 36w perut dah start kerap mengeras yg sakit tu sampai takleh nak jalan. Tu contractions ke? Mengeras tu tak lama dalam 2-3minit tapi kerap jgk. Contoh masa saya bergerak nak bangun/baby bergerak2 time tu lah perut mengeras. Tak tahu rasa contraction yg betul2 tu mcm mana. Saya #firstmom. #SeriusTanya #bantujawab #ingintahu
Đọc thêm