Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mummy to 2 prince n pricess❤
36 Minggu 2hari
Hari ni 36 minggu 2 hari alhamdulilah badan rasa sangat ringan, tak sesak nafas, jalan laju, saya boleh buat kerja dapur smua. Suami terkejut tgk bini dia cergas semacam. Adakah ini juga tanda2 saya nak bersalin dlm masa terdekat 🤭
35 Minggu 5 hari
Ada tak sesiapa mcm saya badan rasa menggigil tak taulah tahan sakit atau apa. 2 hari lepas keluar mucus plug. Kebelakangan ni kerap cramp. Anak pertama saya lahir 36mggu 3 hari. Mungkin dah nak bersalin?
Nervous
34 weeks and dah start rasa nervous sometime. Btw, excited to see our baby at the same time! Try tuntut ilmu sebanyak yg boleh and the rest hope Allah permudahkan 🤲 Stay positive ❤ Be a good baby okay 👶😘 #Firstbaby
Trimester 3
Trimester 3 dah. 31 weeks and dah start berdebar tp excited sbb tak sabar nak jumpa baby ❤ smoga smua dipermudahkan.
Tak makan supliment Kk bagi- Obimin
Boleh tak saya skip makan obimin 😅 masa trimester pertama makan acid folic biasa smua cantik, hb, berat, then kk bg obimin tukar so trimester kedua hb drop sikit tp stil 13.9, trimester pertama 14.5 rasanya, tp saya perasan sejak makan obimin selera makan mcm over then berat naik mendadak( +7kg) terus kena minum air gula. Then saya sndiri skip2kan ambik obimin, alhamdulilah boleh control berat (selera makan sederhana) naik dlm 2kg je, hb still okay 13 ++. Tp suami tak bg skip sbb dia risau baby tak dpt vitamin mencukupi 😂
Baby menendang kuat ?
Sometime tak boleh tido dibuatnya ☺☺☺ so happy mommy ?
Bestnya dapat rasa baby kick ?
Tak sabar nak timang anak pertama lepas 2 tahun kawin n sekali keguguran. alhamdulilah smoga baby sihat n lahir sempurna ? #20weekspregnancy
Kerap ghairah
Saya tak tau kenapa sejak masuk trimester kedua ni nafsu seksual saya smakin meningkat ? tapi slalu kecik hati dgn husband sbb dia dah stopkan aktiviti seksual kami setiap kali saya ghairah je mesti dia tanya baby okay tak. Sometime saya terus tido sambil menangis sbb bukan saya marah dia tp saya mcm pelik dgn diri sndiri plus frustrated ? tp tak layankan sgt, esoknya saya buat aktiviti mcm biasa. Haih bila nak hilang rasa camni. Tak tau nak cerita kat husband camne sbb mcm pelik je.
Sakit Perut
Hi mums, normal ke kalau sakit bawah perut rasa cam mencucuk kadang2. Kadang2 pulak rasa cam sakit senggugut. Perut baru 2 bulan setengah tp org tegur besar mcm 6 bulan ? Tapi so far takde pendarahan. Saya baru 10weeks 4 days and anak pertama.