Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
2nd Trimester
HB Rendah Lagi
Sabar betul nak jadi mommy masa pregnant.. HB rendah ni xtau lagi dh nak makan ape.. Nak kata skip ubat, hari2 makan tanpa gagal.. Beruntunglah yang xd penyakit sepanjang kehamilan..
Banyak Angin
Saya dah 28 weeks.. Tapi masih lagi struggle dengan angin dalam badan.. Kalau tak sendawa, rasa penat je.. Dah sendawa pun penat.. Lepas tu sambung lagi berangin.. Banyak betul faktor penyebab badan berangin mase mengandung ni kan sampai tak tau ape penyebab utamanye.. Naik rimas asik nak sendawa je..
Klinik Kesihatan
Hai ibu-ibu.. Kat sini siapa ibu-ibu yang tinggal di Puncak Alam? Pernah tak ada pengalaman check-up kandungan di Klinik Kesihatan Puncak Alam? Pernah tak sorang jururawat bernama Sariyah attend ibu-ibu? Saya bukan apa, jururawat bernama Sariyah ni dah dekat 3x check-up saya perhati memang bercakap suka kasar-kasar, suka provok.. Last check-up hari tu, memang temujanji datang nak check perut sahaja.. Tiba-tiba last minute cakap dia nak saya masuk bilik lain untuk injek kancing gigi.. Aduhaiii.. Memang injek kancing gigi mana-mana jururawat akan inform last minute sesuka hati dia ke? Masa tu saya drive sendiri bukan husband hantar, memang agak seriau kalau kena injek masa tu.. Sakit tak sakit injek kancing gigi belakang cerita, tapinya, saya memang tak ready.. Saya mintak tangguh next check-up, boleh dia sound saya, "yelah suka hatilah, minum air gula next check-up time pening-pening kena injek kancing gigi takpe la kan!" Ya Allah, saya rasa nak menangis bila dia cakap camtu, langsung takda moral support & bercakap kasar.. Saya faham mungkin dia sedang stress, tapi sekadar saya datang check-up perut pada tarikh yg dia dah letak, takkan masih stress? Saya x pernah provok dia bila bercakap, saya senyap je bila dia bercakap apa-apa.. Bila otw balik dari klinik kesihatan, saya fikir saya depress asik terkenang je next check-up perlu jumpa dia.. Sebab tiap kali check-up, ada je benda dia akan provok terutamanya masalah HB sy,. Saya dah cuba buat yang terbaik untuk kandungan saya, saya tak pernah skip makan ubat, saya makan seperti doktor sarankan.. Sesungguhnya hanya tuhan je yang tahu perasaan saya pada kandungan yang pertama ni betapa saya sabar menghadapi segala ujian.. Lagi2 bila check-up KK perlu hadap nurse perangai camni.. Saya trauma, sedih, stress.. Asyik teringat & takut setiap kali ingat tarikh check-up sebab ada je nurse bernama Sariyah ni cakap untuk provok dan menyakitkan hati saya.. Saya tak pernah cakap benda yang menyakitkan hati dia sebagai nurse, saya senyap je setiap kali berhadapan dan telan ape shj yang dia cakap.. Balik dari KK, saya memang stress sebab dia,. Stress sangat2!
Lapar Sepanjang Pagi
Ibu2 boleh share tak makanan apa yang ibu2 makan sepanjang waktu pagi sebelum masuk ke tengahari? Saya ni, dh breakfast pagi, stgh jam lepas tu lapar lagi.. Selagi tak sampai tengahari selagi tu lah lapar sampailah makan waktu makan nasi..Makin perut besar makin penat la pulak nak 4-5x bangun memasak ?
Cereal??
Ibu hamil boleh ke makan cereal mcm cocokrunch, cornflakes, honeystar? ?
Kicap & Tempe
Nurse bagitahu kicap, tempe tak boleh makan klu HB rendah.. ?
HB Rendah
Check-up HB dah 4 kali mengikut tarikh ditetapkan : 1. 10.0 2. 9.0 3. 9.2 4. 7.9 . Ubat tak pernah missed. Cuma mungkin ada kesilapan waktu makan ubat ataupun makanan yang saya ambik. Teh, kopi memang tau tak boleh minum. Makanan mcm soya atau kicap baru first time tau x boleh makan klu HB mse hamil rendah. Rasa STRESS xtau nak jaga makan macam-mana lagi. Doktor pulak asyik tanya, dalam family ada penghidap THALASSEMIA ke? Setau saya tak pernah.. Saya sedih..
No More Pregnant After First Pregnancy
Yep, sebab, sy ada baca fakta, kalau first pregnant alahan teruk, second pregnancy akan jadi benda sama juga.. SERIK!
Luahan Hati
Hari ini saya rasa teruk sangat la.. Muntah macam nak separuh mati rasanya.. Mungkin sebab skip breakfast.. Mungkin sebab makan lambat tengahari.. Nak dijadikan cerita, tempat masak semalam meletup.. Tempered glass.. Pagi ni tak dapat nak breakfast macam biasa sebab saya sejak pregnant memang x minat nak makan luar.. Nasi lemak ke ape ke memang xnak makan.. Tuhan je yang tahu peritnya rasa menanggung sebu, peritnya macam nak mati.. Huhuhuhu?
HB Rendah Lagi...
Ada tak mommies yang makan maltofer lepastu HB terus ok? Boleh share cara makan ubat tu? Sy baca pada kertas ubat tu makan terus selepas je makan.. Nurse pulak cakap selang setengah jam atau 1 jam sebelum makan.. Hmm.. HB sy masih rendah 9.0 ???Tolong share macam mana nak makan ubat tu dengan sebetulnya..