liyana amira profile icon
Kim cươngKim cương

liyana amira, Malaysia

Contributor

Giới thiệu liyana amira

Got a bun in the oven

Bài đăng(8)
Trả lời(112)
Bài viết(0)

Info Gbs+

Di antara tahun 2001 sehingga 2005 saya berkhidmat di London sebagai Clinical Research Fellow, Preterm Birth Research Group bersama boss saya Professor Ronald Lamont. Saya membuat kajian perubatan tentang kelahiran pramatang. Professor Ronald Lamont sangat terkenal dengan kajian perubatan mengenai Bacterial Vaginosis dan sudah banyak kali menerbitkan artikel-artikel kajian perubatannya di dalam journal perubatan antarabangsa. Bacterial Vaginosis berlaku jika terdapat ketidakseimbangan bakteria di dalam vagina sehingga menyebabkan banyak lendir berbau ikan hanyir dan berwarna hijau atau kelabu. Jika ada bacterial vaginosis, ini boleh mengganggu kesuburan, meningkatkan risiko keguguran dan juga risiko kelahiran pramatang atau ‘preterm birth’ Salah satu sebab Bacterial Vaginosis ialah kegiatan meruang atau mencuci di dalam vagina, sehingga berlakunya ketidakseimbangan bakteria. Bila kita mendapat ilmu pengetahuan ini, Professor Ronnie banyak kali memberi nasihat dan kesedaran kepada wanita-wanita supaya jangan meruang dan jangan mencuci di dalam vagina. Beliau membuat kenyataan ini sebagai wakil Royal College of Obstetricians & Gynaecologists UK. Untuk pengetahuan anda, keputihan biasa wanita itu bukan penyakit. Ia dikeluarkan oleh sel-sel endocervix di pangkal rahim dan mempunyai fungsi penting melindungi dalaman wanita dari jangkitan dan keputihan inilah yang membolehkan self-cleaning dalaman wanita. Selain dari itu, keputihan ini melindungi sperma lelaki apabila masuk ke dalam vagina maka ia mempunyai fungsi penting membantu kesuburan dan persenyawaan. Sebab inilah kegiatan membasuh dalam vagina dengan tujuan membuang keputihan ialah kegiatan yang merugikan wanita dan boleh memudaratkan wanita. Kami beri nasihat jangan buat. Hanya penyakit perlu dirawat. Jika keputihan itu berubah warna, berubah bau, menjadi gatal atau terlalu banyak, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Rawatannya bukanlah meruang atau mencuci di dalam vagina sebab perbuatan ini boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih teruk. Tetapi doktor akan memberi ubat bergantung kepada jangkitan jenis apa yang anda ada. Alhamdulillah dibawah penyeliaan Professor Ronnie sebagai mentor saya bersama dengan Professor Steer di London, saya berjaya mendapat cemerlang di dalam thesis preterm birth dan menerbitkan beberapa artikel di dalam journal perubatan antarabangsa. Setelah itu Professor Ronnie menjadi visiting Professor ke Amerika pula untuk membuat lebih banyak lagi kajian perubatan di Amerika. Sekarang kita dapat tahu bahawa kegiatan meruang dan mencuci menggunakan produk-produk di dalam vagina bukan hanya meningkatkan risiko kelahiran pramatang tetapi juga meningkatkan risiko kanser ovari. Professor Ronnie telah menjemput saya menulis buku rujukan antarabangsa preterm birth bersama beliau, yang akan diterbitkan tahun 2020, insyallah. Semoga anda semua mendapat manfaat dari ilmu pengetahuan ini. Jangan meruang. Selagi keputihan itu keputihan biasa, jangan bimbang dan jangan buang. Keputihan itu ada fungsi yang penting. Cukup sekadar mencuci di luar vagina, tak payah cuci dalam vagina. Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi