Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Dreaming of becoming a parent
34week sensitip 😂😝
Betul lah kan orang cakap ibu mengandung ni dah level2 orang OKU and warga emas. Sy rasa semput sangat dan nak rehat sepanjang hari. Rasa nak cepat cepat baby keluar. Pinggul pun nak gerak kemain sakit 😝 Aduiiii dah la muka tak cantik malas nak jaga, mmg auto maleh tgk cermin hahahhahaha. Stay strong all the mothers, i heart you all ❤️❤️❤️ nak nangis tapi lg buruk pulak wajahku ini 🤣😂🤣 You all semua apa khabar, ok ke?
Anak underweight
Anak sy 2tahun 2bulan, berat 8.6kg je. Baya dia semua 12kg. Susu tepung taknak minum, cuma dutchlady fullcream dlm kotak tu je nak minum. Badan kognitif semua ok, tk speech delay pun. Badan pun aktif. Cuma takut terbantut je. Ada tak mommies yg mengalami perkara mcm sy? Apa solusi nya ya?
Mommy puasa tak
Saya 10w 5d anak kedua dan masih bf anak pertama, alahan muntah dah menurun. Tapi sy kerap lapar dan dahaga. Haritu sy try puasa. Masuk jam 4, sy lemah dan tak larat. Bila baring kejap baru ok. Lepastu jadi lemah balik. Masak pun menggigil tangan saya. Adakah saya manja? Sy ambil keputusan utk off puasa harini sbb wanita mengandung rukhsah berpuasa kan. Cuma family sy rata2 mengandung pun puasa. So sy rasa sy ni mommy yang manja ya 😅 minta pengalaman kawan kawan semua ya.. ☺️☺️
Buntu & agak letih 😅
Saya baru ada anak pertama. 8 bulan. Saya cuma rasa agak rendah diri sebab masa didapur terhad. Sekejap2 anak menangis minta susu badan. Bila menyusu, bayi mudah terganggu dgn suasana (tak kenyang). Jadi masa sy di dapur terganggu dan sy mula kurang memasak. Tapi sejak kebelakangan ni suami mula emosi (stress kerja) & tiada lauk dihidangkan. Sy pun kesian jugak dia penat bekerja. Sy dirumah shj dan buat part time home tutor. Mungkin saya ada masalah masa. Huhu. Bantu saya seorang ibu yang buntu.
badan berangin
Assalam wbt. Harini hari ke 29 hari saya pantang. Baby alhamdulilah full bf. Sy bersalin caesar. Tapi skrg badan lemah sangat. Demam, pening kepala tekak kering n the worst sakit badan. Siapa sini ada masalah yg sama? Normal ke or it just a weather?❤? Ps: bahgian bahawa abdomen rasa berdenyut denyut ?
iberet ganti ubat coklat
Hb masih bawah 11 :( any udvice ibu ibu sekalian?
My firat post!
Alhamdulillah. Usia kandungan 6 minggu. Just wanna share my happy moment here and need this apps support hahaha tq!