Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Alhamdulillah ❤ Girl 2019 ? Boy 2021 ⚓ Girl 2022 ?
hulurkan bantuan ?
Assalamualaikum. Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan baby girl yang sangat comel ❤ masalah saya adalah, saya belum berkahwin.. Dan ya saya menyesal dengan perbuatan terkutuk saya sebelum ni kerana buat tanpa fikir panjang.. Bapa kepada bayi saya seorang yang tidak bertanggungjawab dan sekarang saya sedang buntu macam mana nak besarkan anak saya seorang diri.. Bukan masalah apa orang sekeliling nak kata tapi masalah kewangan.. Saya tak kerja dan sedang mencari kerja untuk menjaga anak saya. Family saya tak terima bayi saya tapi saya berkeras nak jaga sebab saya sayangkan anak saya dan saya sanggup buat apa saja demi menjaga anak saya. Masalah sekarang saya tiada tempat bergantung harap.. Kalau saya kerja, takde orang nak jaga bayi saya. Nak cari pengasuh perlukan modal dan saya takde duit lagi.. Dengan rendah diri saya mohon bantuan ibu ibu bagi cadangan untuk saya macam mana nak selesaikan masalah saya ni.. Saya dah buntu tapi saya sayangkan anak saya dan tak sanggup nak lepaskan dia.. Sakit bersalin masih rasa.. Sakit ketika mengandung masih teringat.. Kalau ada sesiapa yang boleh beri cadangan atau bantuan jagakan anak saya sementara saya bekerja ke.. Mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.. Doakan saya dan bayi saya dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan.. Terima kasih ibu ibu ❤
sekadar perkongsian
Hai assalamualaikum. Alhamdulillah harini dah masuk 31weeks 6days. Jujurnya, dari awal kehamilan saya berasa gembira yang saya mengandung tetapi atas faktor saya belum menikah perasaan menjadi keliru. Bila tanya pendapat kawan, mereka suruh gugurkan. Saya berkeras taknak jadi saya simpan. Tapi lama kelamaan ujian makin bertambah buatkan saya rasa nak gugurkan kandungan. Dan saya akui pernah cuba menggugurkan dengan cara semula jadi iaitu mengambil makanan yang orang kata boleh menyebabkan keguguran. Namun, kuasa tuhan, kandungan masih sihat sampai sekarang alhamdulillah. Sepanjang tempoh kehamilan ni selepas saya buat keputusan untuk simpan baby ni saya dapat rasa betapa allah jaga kandungan saya ni dengan sangat baik. Saya hampir jatuh tangga banyak kali boleh kata tiap kali jumpa tangga mesti salah langkah dan nak terjatuh. Tambah rumah yang diduduki memang bertangga dan bilik kat atas dapur kat bawah jadi setiap hari memang turun naik tangga. Tapi setiap kali tu saya dan kandungan terselamat dan tak jatuh, buatkan saya rasa betapa sayangnya allah dekat kandungan ni. Kadang keluar tandas kaki licin dan hampir tergelincir tapi alhamdulillah tak jatuh. Disini saya hanya ingin menyatakan bahawa bersyukurnya saya allah jaga kandungan ni sampai sekarang. Saya dapat rasa dia adalah satu anugerah yang akan mendatangkan kebaikan kepada orang sekeliling in shaa allah. Doakan dia menjadi insan yang solehah dan berguna pada masa akan datang ya. Semoga ibu ibu diluar sana juga dipermudahkan segala urusan dan pada yang masih mencuba jangan putus asa.