Fadzielah Ayub profile icon
ĐồngĐồng

Fadzielah Ayub, Malaysia

VIP Member

Giới thiệu Fadzielah Ayub

Mom to two kids. Passionate in Breastfeeding & Early Childhood Education

Bài đăng(5)
Trả lời(22)
Bài viết(0)

𝗜𝗯𝘂 𝗠𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝘂 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲?

Sejak kebelakangan ni, banyak betul orang kongsikan gambar durian. Agaknya memang musim durian ye? Ada beberapa orang ibu menyusu tanyakan kepada saya, Boleh ke ibu menyusu makan durian? Tak bahaya ke untuk baby nanti? Betul ke durian ni milkbooster? ✓ Ibu menyusu boleh makan durian dan sebenarnya tiada pantang makanan untuk ibu menyusu kecuali anak memang ada alahan atau masalah kesihatan yang memang doktor nasihatkan supaya ibu elakkan makan. ✓ Tiada kajian yang menunjukkan makan durian memberi kesan kepada susu ibu atau baby. Jika ada ibu yang cakap bila makan durian, susu ibu jadi panas dan nanti baby meragam sakit perut. Tunggu dulu! Setiap baby tidak sama. Ibu cubalah dulu dan tengok jika ada kesan pada baby sendiri. ✓ Durian adalah milkbooster jika durian adalah buah kegemaran ibu. Bila ibu dapat makan durian, hati ibu gembira dan rasa seronok. Bila emosi ibu happy dan seronok, nah! itulah milkbooster nya! 😍 Kalau ibu tak suka bau apatah lagi makan durian, tapi paksa diri juga makan durian semata-mata anggap durian ini adalah milkbooster, maka milkbooster tersebut tidak berkesan sebab ibu tak enjoy pun makan durian tu. Enjoy your breastfeeding journey. Penyusuan ibu tidak sepatutnya membebankan ibu sehingga terpaksa patuh kepada banyak pantang larang. Ambil pendekatan konsep bersederhana. Nak makan durian, kubis, kari, masakan pedas ke, makanlah. Tapi jangan berlebihan dan ambil dalam kuantiti yang sederhana ya. 😉 Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca #breastfeeding #penyusuanibu

Đọc thêm
𝗜𝗯𝘂 𝗠𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝘂  𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵  𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲?
 profile icon
Viết phản hồi

Nak beli pam atau pergi kelas penysuan?

Untuk ibu kali pertama, mesti tak sabar nak tunggu kelahiran anak kan? Saya faham sangat perasaan nak sambut orang baru. Rasa gembira, bahagia dan berdebar pasti semua ada. Semua persiapan baju, lampin dan kelengkapan berpantang dah ada seawal 6 bulan lagi. Tapi, bagaimana pula persiapan untuk menyusukan anak? Ini yang ramai ibu tertanya-tanya. 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗸𝗲 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗵𝗶𝗿? 𝗣𝗮𝗺 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮? 𝗕𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗴𝘂𝘀? 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗼𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝘂𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗹𝗮𝗵𝗶𝗿? Jika tanya pendapat saya, salah satu persediaan keperluan untuk menyambut kelahiran bayi terutama anak pertama adalah persediaan untuk penyusuan ibu. Melabur dan belanjalah untuk tambah ilmu atau ke kelas penyusuan kerana ianya adalah salah satu faktor kejayaan penyusuan ibu. Dalam pantang, fokus untuk direct feeding bayi paling kurang 2minggu, kemudian sebulan. Tidak perlu memerah jika tiada keperluan seperti ibu dan anak berjauhan sebab warded dan sebagainya waktu itu. Kemudian, 2 minggu sebelum ibu masuk bekerja, bolehlah memerah untuk buat stok pula. Namun, tak salah jika ingin beli kelengkapan pam sebelum kelahiran. Ini adalah contoh situasi ibu yang ada masalah bajet dan perlu buat pilihan samada belanja untuk kelengkapan pam atau belajar ilmu penyusuan. Malah, ada juga kelas penyusuan secara percuma di klinik, hospital dan online. Pam yang mahal tidak menjamin kejayaan penyusuan ibu. Tetapi dengan ilmu dan pengetahuan tentang cara penyusuan yang betul, ibu tetap boleh menyusukan anak tanpa pam. Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca

Đọc thêm
Nak beli pam atau pergi kelas penysuan?
Thành viên VIP
 profile icon
Viết phản hồi

𝗜𝗕𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗦𝗨 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡𝗚

Ramai ibu mengalami masalah sakit belakang lepas bersalin dan semasa menyusukan anak. Antara puncanya adalah berat anak makin bertambah, posisi menyusukan anak dan postur badan. Ini yang boleh ibu-ibu lakukan untuk kurangkan rasa sakit belakang: 𝟭. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Makin bertambah berat anak, ibu perlu makin berhati-hati supaya tidak angkat dengan cara yang salah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Cara yang biasa kita buat ketika angkat barang berat atau anak yang makin berat adalah dengan cara membongkok atau bahagian belakang melengkung. Salah caranya begini. Cara yang sebetulnya adalah duduk mengcangkung atau bengkokkan lutut dahulu, kemudian angkat dengan meluruskan bahagian belakang. Yang paling penting adalah bahagian belakang lurus dan tegak, bukan membongkok atau melengkung. 𝟮. 𝗣𝗼𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Kebiasaanya, apabila berat bayi bertambah, ibu akan cenderung untuk membongkokkan badan supaya breast rapat dengan mulut anak. Cara yang betul adalah bawa anak rapat ke breast ibu dan ampu berat anak dengan menggunakan bantal jika tidak larat untuk ampu guna tangan. Pastikan bahagian belakang badan kita tegak. 𝟯. 𝗨𝗯𝗮𝗵 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮 Jika ibu rasa tegang di bahagian belakang leher, bahu atau atas belakang badan, cuba ubah posisi menyusu lain yang lebih selesa seperti berbaring, separuh berbaring dan sebagainya. Semoga bermanfaat ya. Jangan lupa juga minum susu untuk kuatkan tulang ibu. 😊 Fadzielah Ayub Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca . Follow FB saya: Fadzielah Ayub

Đọc thêm
𝗜𝗕𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗦𝗨 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡𝗚
 profile icon
Viết phản hồi

𝗠𝗜𝗟𝗞 𝗖𝗢𝗟𝗟𝗘𝗖𝗧𝗢𝗥 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗠

Begini kisahnya. Ada seorang ibu mengadu bahawa hasil pam susu sangat sedikit dan mula risau disebabkan takut tak cukup untuk buat stok EBM. Sebelum saya cadangkan cara untuk bantu selesaikan masalah ibu tersebut, saya akan bertanya dan tanya banyak soalan untuk cari punca kenapa susu ibu sedikit walhal ibu tersebut menyusu bayi secara direct sepanjang dalam tempoh berpantang. Rupanya ibu tersebut confuse dengan fungsi MILK COLLECTOR dan anggap itu adalah pam. Saya yakin, ramai ibu keliru fungsi milk collector ini dan ramai juga tukang jual overclaimed milk collector tu adalah sejenis pam yang ringan dan murah. Salah tu. Milk collector bukan pam, tapi lebih kepada untuk bantu dan memudahkan ibu kumpul atau tadah susu untuk mengelakkan susu terbazir. Nama pun dah jelas COLLECTOR kan? Bukan PUMP. Biasanya let down reflex (LDR) berlaku apabila breast dirangsang samada ibu sedang susukan anak atau menggunakan single pump. Dan biasanya sebelah lagi pasti susu akan meleleh keluar juga disebabkan LDR berlaku. Jadi untuk elakkan pembaziran, ibu digalakkan guna milk collector untuk tadah susu tersebut dan boleh disimpan untuk stok EBM. Tapi kalau sekadar letak dan lekat di payudara, memanglah susu takkan keluar kalau tiada rangsangan atau fungsi yang menyerupai cara bayi menghisap. Penggunaan milk collector bukan pengganti fungsi pam. Kalau ibu tidak pasti, dapatkan nasihat atau maklumat dari rakan penyusuan atau ibu yang berpengalaman. Kaji dan faham terlebih dahulu setiap fungsi dan tujuan sebelum membeli. Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca

Đọc thêm
𝗠𝗜𝗟𝗞 𝗖𝗢𝗟𝗟𝗘𝗖𝗧𝗢𝗥 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗠
 profile icon
Viết phản hồi