Tiada peti sejuk ditempat kerja bukan alasan untuk ibu tidak pam ketika bekerja

Facebook throwback gambar 3 tahun lepas waktu saya sibuk ke kelas belajar ke sana sini. Masa tu anak pertama saya Zayd masih menyusu badan. Ramai juga ibu bekerja beri alasan tak boleh nak pam susu sebab tiada peti sejuk. Tiada peti sejuk ditempat kerja bukan alasan untuk ibu tidak pam ketika bekerja, belajar ataupun keluar untuk sesuatu tempoh. Ibu boleh bawa sendiri cooler bag/box yang tahan sejuk dan simpan susu perahan tu di dalam chiller atau freezer apabila sampai di rumah. Coolerbox biru ni jadi pengganti handbag saya bila saya keluar atau pergi kelas. 😁 Malu ke bawak box tu? Tak pun. Janji susu selamat dan tidak membazir. Sejujurnya, pendapat peribadi saya lebih sukakan cooler box berbanding cooler bag sebab lebih kedap dan tahan sejuk. 😉 Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA

Tiada peti sejuk ditempat kerja bukan alasan untuk ibu tidak pam ketika bekerja
4 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Info terbaik