Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Domestic diva of 1 sunny son
Tumbuh macam daging bulat kecil dalam hidung bayi
Assalamualaikum semua. Bayi saya baru 19 hari. saya perasan ada biji kecil macam daging dalam lubang hidung bayi saya. Besok baru nak check ke klinik. Siapa ada pengalaman macam ni?? Sbb saya risau sgt. Terima ksih semua
Badan bayi dedor
Assalamualaikum hi semua. Siapa ada pengalaman anak kuning dan badannya terasa mcm panas/dedor walaupun tak dipakaikan bedung. Hanya pakaikan baju seluar sahaja. Bila tanya nurse, dia kata normal. Tu nak tanya pengalaman mommy dalam ni.
Kepala bayi lahir lembut
Assalamualaikum dan hi semua. Saya nak tanya. Ubun2 selalunya di bahagian atas kepala bayi baru lahir kan? Nak tanya normal ke jika kepala bayi lembut di bahagian belakang kepala? Bayi baru berumur 11 hari. Terima kasih semua
36w berdarah selepas check bukaan
Assalamualaikum. Saya sedang mengandung 36w. Saya ada ke hospital sebab check kandungan dan rasa baby mengeras tp tak kerap. Doctor check jika ada bukaan atau tidak. Doctor bgtau bukaan tiada dan boleh balik. Bila balik baru perasan panties ada keluar lendir putih banyak selepas itu tak lama lendir warna mcm coklat mcm darah. Adakah itu effect sebab check bukaan? Maaf ye saya tanya dulu dalam ni sesiapa yang ada pengalaman. Sebab kalau ke hospital risau mereka check dan tiada bukaan dan kena balik juga. Terima kasih semua.
32 week - Batuk dan kurang selera makan
Assalamualaikum dan hi. Saya nak tanya, kandungan 32 minggu. saya baru keluar wad kerana demam Influenza A. Kalau kerap batuk adakah akan menyebabkan effect pada kandungan? Dan saya perasan bila dah 3rd trimester ini, selera makan jadi kurang dan tekak berasa mual macam 1st trimester. Adakah selera makan kurang ini akibat effect influenza A??? Terima kasih semua