Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Excited to become a mum
Baby kuat meneran
Salam mommies! Nak tanya, knpa ye baby kuat meneran? Tpi check2 pampers tkda buang air besar juga. Baby baru 16 hari. Adaka itu tanda dia rasa nak berak tapi tak dapat nak kluar? Dah 2 hari dia mcm ni, asyik meneran je, sampai muka merah. Kesian tengok.
FM
Hello mommies2! Nak tanya, new born baby boleh bagi minum FM tak? Sebab nya susu badan saya kurang. Tapi tepat je melahirkan, memang dah minum susu badan, cuma nya kurang susu badan, sampai sakit baby isap2 tapi susu tak brapa nak kluar?
Pecah air ketuban
Salam mommies2! ♥️♥️ Yayy hari ni kandungan dah masuk 39w, alhamdulillah ? tapi nak tanya sikit dengan mommy2 yg berpengalaman kat sini, boleh terjadi tak kalau air ketuban pecah semasa sedang tidur? Takut juga kot2 lah air ketuban saya pecah semasa tidur lepas tu tak perasan, kot2 contraction pun tak rasa sangat. Macam mana ye? Ke akan terbangun juga kalau air ketuban pecah semasa sedang tidur ? Risau gak, sebab kalau air ketuban pecah mesti segera ke hospital kan.
Baby mandi
Hello mommies2. Nak tanya, bila baru kita boleh mandikan baby ye? Sebab dengar kata, tak boleh mandikan baby lepas lahir beberapa hari.
Makan benda pedas & goreng
Hello mommies2, nak tanya, kalau masa pregnant ni kuat makan pedas & yang bergoreng, ada effect dkt baby tak? I mean macam lepas baby lahir, akan kena ruam teruk kat badan dia?
Due date
Hi mommies2, due date saya 23/02/2020. Nak minta pendapat, kalau 23hb tu sya belum ada rasa apa2 tanda, patut ke saya ke hospital je? Hari tu pergi appointment nurse, ada tanya gak nurse tapi nurse explain kalau dah sampai due date tapi belum ada apa2 tanda, limit tunggu je sampai 9 hari. Tapi saya rasa lagi best minta pendapat mommies2 kat sini, sebab banyak saya baca kat sini ada yang kata tak rasa apa2 sakit langsung pada due date tapi bila masuk wad tup2... dah 2-5cm mcm tu. So nak minta pendapat mommies2 juga sepatut nya sya nak buat macam mana hehe.
Patut consume makan apa untuk banyakkan air susu
Mommies, nak tanya, kita patut consume apa untuk banyakkan air susu kita?
Susu
Hello mommies2. Nak minta pendapat, boleh tak saya bawa susu yang tepung untuk baby minum semasa melahirkan nanti? Incase kalau saya takda susu semasa melahirkan nanti. 1st baby, so kurang pengalaman.?
Nak minta pendapat
Hello mommies2!!? Nak minta pendapat, kalau mommies2 lagi suka nama Hayla Soffya OR Isabelle Soffya? ??
Perut memulas
Hello mommies. Nak tanya, setiap pagi perut mesti memulas. Kandungan dah 7 months. Normal ke? Ada ke mommies2 yg mcm ni juga, perut memulas setiap pagi huhu