Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Pregnant 2nd baby
Young Hypertension & Induce
Saja nak share, saya ada young hpt since 23y/o, nikah 24y/o and now 25y/o and preggy 35 weeks. Buka buku awal 4 weeks sebab on ubat, so bila preggy, ubat hpt tu kena tukar kpd ubat hpt khas bagi ibu preggy. Disebabkan on ubat even tekanan darah normal je, tapi dr pakar cakap kena serah diri on 38 weeks untuk induce. Ikutkan hati nak bersalin normal, tapi kalau bersalin normal lagi berisiko utk ibu dan baby. So redho je la harap2x dipermudahkan. Elok juga dr bagitahu awal, boleh bersedia fizikal dan mental. 😊 Lepas bersalin pulak, kena on perancang kehamilan yg cucuk kat punggung tu. Sebab makan pil tidak sesuai bagi yg ada hpt. 😊
Ikhtiar hamil guna kaedah OPK berjaya.
Saya guna juga kaedah OPK nie utk ikhtiar. Alhamdulillah last month saya buat pada hari ke 17 line terang sangat, padahal kalau diikutkan, saya ovulasi hari ke 14-15. Terus bagitahu husband and dia balik dari outstation ambik cuti. Utk hormon LH nie, dia akn keluar start 10am-8pm. Jadi saya akn ambik pada jam 5pm. Dinasihatkan sebelum nak ambik bacaan LH, kurangkan minum 2-3 jam sebelum supaya kandungan LH pekat dlm air kencing. Bila line dah terang, maksudnya, ovulasi akn bermula selepas 12jam. Jadi, saya akn bersama dgn suami keesokan hari selepas dpat result line terang. contoh : Line terang pada 30hb, bersama suami 31hb Hormon LH nie fungsinya merangsang terjadinya ovulasi, jadi bila LH dah tinggi, maksudnya ovum akan dilepaskan selepas 12 jam. Dan tempoh ovulasi hanyalah 24jam selepas ovum dilepaskan. Jadi lebih tepatnya, bersama dgn suami sehari selepas line opk terang. Memang sehari selepas bila ambik bacaan, line dah pudar, sbb ovum sudah dilepaskan. Syukur buat kaedah nie, bulan nie period lambat 3 hari, cek upt +ve. Now dah 5 weeks. Yang penting disiplin, kurangkan atau jgan minum air 2-3jam sebelum buat test opk. Dan buat test konsisten pada masa yg sama setiap hari. Harap dapat membantu serba sedikit.
Kiraan bayi
Salam semua, Alhamdulillah kemarin saya dah buka buku pink. Tapi kenapa ya dia kira kandungan tu bermula hari pertama period yang latest.? Bukankah kiraan bermula sehari selepas period habis? Minta tolong penjelasan ya. Tq