Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Love my baby girl :)
It Is A Princess
Alhamdulillah. Sy dah selamat melahirkan seorang puteri. Semalam jumaat, induce at 37w2d sebab darah tinggi. 7am masuk ubat. Start rasa contraction biasa2. Pukul 4 ptg baru datang sakit yang memang tak boleh bawak bincang. Tapi bukaan cuma 2cm-3cm waktu tu. Tahan contractions sampai bergoncang katil, akhirnya 11mlm bukaan 5cm terus ke labor room. Jam 2.01 pagi, selamatlah lahir puteri comel. Berat genap 2kg. Nafas laju sikit so kena warded. Nasib baik tak warded NICU. Just ward biasa utk pantau. Sy pula normal delivery. 1st degree tear. Asbab baby kecik, koyak nya tak banyak. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu2 lain juga.
Induce Labor
Mohon doa dr rakan2 semua. Esok sy InshaAllah akan di induce. Sebab darah tinggi tak menentu dan baby kecik hanya 2.2kg. Kandungan usia 37w2d pada esok. Kerisauan saya sbb sy takde tanda2 nak bersalin langsung dan mungkin takde bukaan jalan lagi. So saya takut sy akan sakit lama dan terpaksa pulak czer. Minta tips dan kata2 semangat dr rakan2 semua.
Insurans Bayi
Salam semua. Sy bercadang nak daftar insurans utk baby. Seeloknya masa dah lahir atau dr dalam kandungan lagi? Sbb ada certain insurance dah start masa dlm kandungan lagi kn? And rasa2 bayaran per month tu berapa ya? Any mommies or daddies yg kerja related insurans tak? Mind to share info. Thank you.
24w5d - Pergerakan Baby Makin Slow
Salam mommies. Saya dah start rasa baby gerak masa 22w. Masa 23w saya rasa pergerakan makin kuat. Tapi sejak semalam (24w3d) rasa macam slow je baby gerak. Kena fokus duduk diam2 baru rasa macam ada baby cuit2. Normal tak kalau macam tu - maksudnya baby dah start cuit kuat2 tiba2 jadi slow pulak mcm masa mula2 dulu. Dah gosok2, dah makan manis2, dah minum air sejuk. Slow je rasa baby cuit. Risau pulak, tapi next appointment lusa (1/10/19). Apa pendapat mommies semua.
23weeks 5days - Puasa
Salam mommies. Hari ni usia kandungan dah 23w5d. Sy nk bertanya, bila waktu sesuai utk sy berpuasa. Sbb nya saya nk ganti puasa. 1 hari je. Sy ada tertinggal 1 hari waktu Ramadhan hari tu sbb tak sihat. Now berkira2 nak ganti tapi tkot kesian bby kalau sy puasa seharian. Agak2 kandungan bpe minggu yg boleh sy puasa dgn selamat ya? Nak ganti sbb nanti due bulan 1, tergendala pulak dgn berpantang. Plus, next Ramadhan pun x lama dah lepas tu.
Detail Scan - 23weeks
Hi mommies, saya akan buat detail scan waktu kandungan saya 23w nanti. Skrg 19w. Apa kriteria penting yang saya kena tanya doktor masa detail scan tu nanti ya? Cth mcm size bby, otak bby, air ketuban, etc. Boleh bg cadangan. Sy tanya ni supaya tak terlepas pandang kriteria2 penting masa detail scan. Boleh mommies tlg listkan tak?
Berat Badan.
Mommies. Nak tanya masa 17/6 haritu saya buka buku pink, berat saya 86kg. 16/7 appointment kedua, berat turun kpd 84kg. Nurse cakap turun 2kg ni byk. So nanti sy kena pegi lagi 6/8 utk check berat, sy nak tnya, patutnya berat saya berapa kg ye pada tarikh 6/8 tu? Ikut kiraan sy, patutnya dlm 86.5kg atau 87kg kan? Kandungan skrg 16w1d. Sbb sy nk ikhtiar jugak makan2 biar selera sikit n berat naik mcm yg nurse sarankan.
Risau
Hai mommies semua. Saya sekarang pregnant 15w5d. Normal ke kalau x rasa apa2 kat perut ni. Rasa mcm perut menggeleber mcm byk lemak je. Takde pun rasa mcm perut keras sbb sy pernah pegang perut kawan sy dia pregnant 15w jugak, rasa perut dia keras kat area rahim tu. Sbb sy badan besar ke? Sy risau kalau2 apa2 jadi kat baby sbb sy byk checkup kat klinik desa so takde jumpa doctor. Nurse pun rasa2 perut dgn tgn je tp dah 2 kali sy pegi, dia x pegang pun perut saya, dia ckp bby kecik lg. Tp sy asyik risau bila baca pasal miscarriage. 15w memang takkan rasa pergerakan baby lagi ke?
Gunting Rambut
Kalau kita nak gunting rambut masa pregnant ni ada pantang larang tak? Rimas rasa panas + rambut gugur. Lagi satu, seeloknya masa berpantang, rambut pendek ke rambut panjang? 1st baby. Sorry tanya soalan remeh temeh. Hehehe.