Mia Ahmad profile icon
BạcBạc

Mia Ahmad, Malaysia

Contributor

Giới thiệu Mia Ahmad

PCOS figther

Bài đăng(6)
Trả lời(18)
Bài viết(0)

Missed miscarriage

Harini sepatutnya saya dah masuk 10 minggu, tapi mungkin belum rezeki lagi untuk jadi seorang ibu. Saya redha. Sekadar nak meluah di sini, mungkin boleh naikkan semula semangat saya. Dari awal mengandung sampai ke hari ni, memang banyak sangat komplikasi. Tapi dalam masa yang sama, saya bersyukur sebab banyak dapat input yang baik daripada pengguna TAP. Terima kasih semua. InsyaAllah saya akan terus guna TAP kalau ada rezeki mengandung lagi nanti. Kisah saya bermula 3 bulan sebelum sah pregnant, saya disahkan ada lean PCOS. Masa tu saya dah mula amalkan folic acid, CoQ10 dan vitamin D3. Alhamdulillah hormon makin stabil dan pada bulan ke-4, saya disahkan hamil secara natural tanpa bantuan ubat kesuburan. 5 minggu pertama kehamilan semuanya okay. Tapi masuk minggu ke-6, saya mula ambil pati delima & cranberry. Esoknya saya tiba-tiba bleeding. Pergi ke klinik swasta, doktor syak mungkin disebabkan polip dan terus refer ke EPAU HKL. Masa di emergency HKL, doktor terus buang ketulan yang dikatakan polip tu. Tapi saya perasan ada lebihan ketulan yang keluar, sedangkan doktor swasta sebelum ni kata polip tu kecil saja. Nampak macam janin, tapi bila buat TVS, kantung dan janin masih ada dalam rahim. So saya ingat kandungan masih okay. Saya kena tunggu next appointment kat HKL sebulan gak sebab slot penuh. Saya tetap tunggu, sebab saya still harap ada berita baik. Dalam tempoh healing selepas prosedur buang ‘polip’ tu, ambil masa dalam seminggu baru spotting berhenti. Rasa lega waktu tu sebab saya ingatkan kandungan masih selamat, tiada tanda-tanda keguguran. Dalam masa sama, saya buat swab vagina dan keputusannya... saya positif GBS. Another komplikasi 🥲 jadi saya perlu habiskan antibiotik. Minggu berikutnya, saya ada scheduled scan di klinik swasta. Still positive everything's gonna be okay. Tapi bila scan, doktor kata janin tak membesar ikut minggu dan tiada degupan jantung. Doktor masih bagi kata-kata positive, maybe awal lagi atau ada dating error so takpe tunggu je appointment dengan HKL. Dari situ bermula fasa paling gelap, hari-hari menangis, hari-hari rasa cemas. Saya tak putus harapan, terus pergi second opinion, lepas tu third opinion. Tapi semua keputusan sama. Sementara tu, saya kena tunggu pula 2 minggu untuk follow-up di HKL. Sampai la ke harini, 23/7, ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3. Saya harap sangat ada keajaiban. Tapi akhirnya doktor sahkan janin memang tak membesar dan tiada degupan jantung. Dan ketulan tempoh hari, doktor sahkan memang dari kehamilan (mungkin lebihan tisu janin). Saya kena jalani prosedur D&C pada 28/7 nanti. Luluh hati saya sebagai TTCian, tapi saya tahu perancangan Allah lebih besar dari segalanya. Saya terima dengan hati yang terbuka. Suami sampai nangis teresak-esak salahkan diri dia sebab dia takut tengok saya sakit-sakit, tapi saya tak pernah salahkan sesiapa. Tak salahkan diri saya, tak salahkan suami yang mengandungkan saya. Dah tertulis cerita hidup saya macam ni, redha dan yakin semua ada hikmah. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang pernah komen, balas post dan bagi nasihat sepanjang perjalanan 10 minggu ni. Doakan saya terus kuat, terus positif, dan semoga satu hari nanti Allah kurniakan rezeki zuriat pada waktu yang paling tepat. InsyaAllah 🤲🏻

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi