Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Preggers
Darah ketul.
Salam semua ibu. Ada tak ibu ibu kat sini yang dah 30 minggu ke atas, keluar darah seperti darah ketul haid? Maybe sebesar kuku jari telunjuk? Habis buang air kecil tadi, keluar lagi darah ketul seperti darah haid bersaiz kuku. Sebelum ni ada keluar juga, dah scan, cek bawah semua, doctor tak dapat detect dari mana darah tu. Saya agak darah ketul ni keluar macam 3 minggu sekali. Saya pernah scan dekat klinik biasa. Saya bgtahu masalah darah ni. Doctor kata kemungkinan sy penat. Ya mmg saya ada buat kerja berat sikit. Tp sehari selepas tu baru darah beku tu keluar. Ada tak ibu ibu yg alami benda yg membimbangkn macam sy ni?
Tali pusat.
Hi mommy semua. Sekadar nak tanya. Anyone yang pernah mengalami tali pusat terbelit dekat anak. Nak tanya, adakah perut mommy rasa sakit? Macam mana rasa sakit tu? Senak? Sakit nak senggugut? Sakit nak berak? Apakah langkah seterusnya? Terima kasih.
17 minggu 4 hari.
Hi ibu semua. 17 minggu tu bermakna 5 bulan, betul ke...?
Tekanan.
Saya taknak tanya apa apa. Saya cuma nak luah yang saya tekanan sebab dah 2 kali saya mimpi ada benda nak bunuh saya. Waktu ada suami, okay lagi sebab dia tenangkan. Semalam mimpi kali kedua tu, ada mak, okay lagi sebab mak tenangkan. Besok saya kena balik rumah sendiri, duduk sorang2 sebab suami dah naik kerja semula tinggal saya 3 bulan. Saya sorang2 kat rumah sendiri. Makan sorang2. Tekanan. Tekanan sangat. Setiap malam sebelum tidur saya akan baca doa tidur dan buka surah. Tapi mimpi tetap datang. Saya rasa sebak sebab duduk jauh dengan mak ayah sendiri and jauh dengan adik beradik saya yang selalu ceriakan saya. Bila balik rumah sendiri, sunyi. Jangan kecam dengan luahan saya ya. Saya sekadar nak luah. Ni pula anak first. Takde pengalaman apa apa. Perasaan selalu down.
Buah Delima.
Ada tak mommy yang amalkan makan buah Delima? Boleh share pengalaman mommys tak..?