cempakasari profile icon
BạcBạc

cempakasari, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu cempakasari

Expecting February baby. Just like mommy!

Bài đăng(4)
Trả lời(3)
Bài viết(0)

Masih menanti? Bersabar dan amalkan DOA AJAIB!

Saya sebenarnya nak kongsi satu perkara yang agak panjang tapi mungkin lain kali. Haha. Cuma saya nak kongsikan yang kami menunggu setahun untuk mendapat perkhabaran yang indah ini. Kami suami isteri PJJ. Hanya dalam sebulan, purata sekali sahaja kami berjumpa. Dan waktu cuti saya juga perlu dirancang sempurna supaya mengena tarikh yang subur. Tapi berbulan - bulan telah berlalu, kami belum dikurniakan rezeki lagi. Sehinggalah ada suatu ketika tu, saya search youtube saban hari mengenai ceramah - ceramah dan motivasi kekeluargaan. Antara 2 ceramah atau perkongsian yang saya rasa betul - betul masuk ke dalam hati ialah ada satu mengenai "REDHA" yang telah disampaikan oleh Ustazah Asma Harun. Ketika itu saya betul - betul baru mendalami apakah sebenarnya diri kita ini dah cukup redha? Dan fahamkah kita maksud redha tu? Dan satu lagi perkongsian yang saya jumpa, mengenai tips mendapatkan zuriat daripada Dato' Dr Fadhilah Kamsah ialah dengan mendoakan saudara², sahabat² kita yang juga masih menanti kehadiran permata hati ini juga. Cuba doakan untuk orang lain selain diri kita sendiri. InsyaAllah. Tahun 2020 semakin mencabar dengan adanya Covid19 dan PKP kan? Tapi dalam pada cabaran ini, ada hikmahnya. 3 bulan saya tak berjumpa suami kerana terpisah negeri. Ramadhan tahun ini, saya ambil kesempatan doa bersungguh² dan manfaatkan 10 malam terakhir memohon daripada Yang Maha Esa. Akhirnya suami saya dapat pulang berjumpa saya walaupun hanya 2 hari sahaja tapi syukur alhamdulillah. Tup tup ketika 3.6.2020 saya buat UPT sendiri sebab haid lewat 1 hari. Entah kenapa firasat yang amat - amat mendesak saya untuk buat. Dan alhamdulillah 2 line jelas kelihatan! Dan sekarang saya hamil 4 bulan. Bertenaga semula selepas 1st trimester yang sangat mencabar yakni alahan yang amat teruk! haha. Jadi jika ada kenalan ibu² dan bakal ibu sekalian yang masih menunggu, cuba kita selitkan doa untuk orang lain yang masih menunggu juga. InsyaAllah semoga kita diberi kesempatan oleh Allah untukbabypkp mendapatkan zuriat. ♥️😘 #TTC #FirstBaby #Rezeki #BabyPKP

Đọc thêm
Masih menanti? Bersabar dan amalkan DOA AJAIB!
 profile icon
Viết phản hồi