





Sakit Bahagian Faraj Bila Tidur Mengiring Lama.. Normal Ke?
Assalamualaikum semua ibu-ibu. ❤️ Nak tanya, ada tak ibu-ibu dekat sini yang pernah mengalami sakit di bahagian faraj (pussy) selepas tidur mengiring terlalu lama? Saya perasan bila tidur mengiring ke kiri terlalu lama, Bahagian faraj saya akan rasa sakit, macam lenguh atau ngilu. Lagi-lagi bila nak bergerak atau memusingkan badan untuk tukar posisi tidur. Saya pun tak pasti macam mana nak gambarkan sakit tu, tapi memang rasa tak selesa setiap kali nak bergerak. Tapi dia akan berlaku masa nk gerak dari ngiring kiri nk je kanan mcm tu je. lepas tu dia hilang dah sakit. Ada tak ibu-ibu yang pernah mengalami perkara yang sama? Adakah ini normal bila kandungan semakin membesar atau disebabkan terlalu lama tidur dalam satu posisi? Nak tahu juga pengalaman ibu-ibu yang lain. 🥹💕 #ftm #Trimester3 #29weeks
Đọc thêm
