Postnatal Endometritis - Tumpah Darah & Infeksi dalam rahim
Salam ibu-ibu yang sedang membaca. Saya nak share pengalaman saya selama 5 hari di hospital sebab tumpah darah selepas 10 hari bersalin normal. Saya share sebab saya nak beritahu yang kalau awak kena awak bukan sorang. Jangan risau okay. Sebenarnya badan awak nak awak rehat. Anyway, first sekali kalau awak tumpah darah, tolong jangan endahkan. Bahaya kalau dibiarkan. Terus pergi hospital bawak ic dan buku pink. Kat kecemasan bahagian ibu & anak tu awak akan di scan untuk tengok apa yang ada dalam uterus. Kalau macam saya, doktor cakap rahim saya tebal and ada benda dalam rahim. Pastu untuk sure kan lagi, doktor akan ambil sample dalam uterus anda. Menggunakan muncung itik. Sedikit uncomfortable sebab luka jahit baru nak kering. Pastu trauma seluk tu tak hilang lagi. Esokkan harinya saya diberitahu untuk start puasa pukul 2am sampai operation day which is esok. Saya kena cuci rahim. Tapi jangan risau (saya pun risau gak awal awal, dalam operation room saya menggigil takut 😭😂) so dalam operation room tu ubat bius separuh badan diberi melalui injection di tulang belakang. Mereka akan bius dulu kulit baru cucuk dalam tulang belakang. Okay rasalah kebas sikit. Tapi bila dia masukkan tools dalam rahim, saya mula rasa sakit 🥹 ubat bius tu tak berkesan sangat kat saya. Pastu doctor bagi saya tidur sepanjang operation tu. Bangun bangun dah siap. Tapi takleh duduk selama 6 jam. So kena baring jelah sepanjang 6jam. Kencing dan berak rasa cam masa awal awal bersalin dulu. Jalan pun kena slow slow. Darah keluar sikit je. Sepanjang 5 hari tu saya pump susu and pass kat suami untuk bawak balik rumah. Dan sepanjang 5 hari tu juga saya nangis sebab tinggal anak dirumah. Tapi awak boleh je decide untuk bawak baby sekali tapi saya sarankan jangan sebab nanti awak penat. Serious. Lebih baik awak pulihkan badan awak kasi sihat kasi kuat balik baru jaga anak balik. Sabar ya moms. Mothers are strong 💪🏽❤️ #firstmom #cucirahim #postnatalendometritis
Đọc thêm





Hi mommies, nk tnya usually luka czer berapa lama baru baik & tak sakit ya? Ada x yg pernah naik mcm nanah di hujung penjahit luka czer? Sikit je & bila cuci dgn dermacyn akan keluar setitik dua cecair kuning. Perlu ke sy ke hospital? Sebab ada terbaca org ckp as long tak demam tak perlu ke hospital. Just cuci & keringkan betul betul jahitan tu #firstmom
Đọc thêm
saya nak ikut suami balik smnjung naik kapal terbang sebab sy pantang sendiri jadi dia suruh saya ikut skli supaya senang dia tngok dan jaga sbb suami kerja sana kena sy ikut .. kira hari pantang sy 33 hari ada risiko apa2 ke sy sgt2 takut tapi sy trpksa ikut sbb tiada yg teman sy ... ada tk momy2 czer pernh naik kpl terbang mcm sy#ingintahu
Đọc thêm


