Postnatal Endometritis - Tumpah Darah & Infeksi dalam rahim

Salam ibu-ibu yang sedang membaca. Saya nak share pengalaman saya selama 5 hari di hospital sebab tumpah darah selepas 10 hari bersalin normal. Saya share sebab saya nak beritahu yang kalau awak kena awak bukan sorang. Jangan risau okay. Sebenarnya badan awak nak awak rehat. Anyway, first sekali kalau awak tumpah darah, tolong jangan endahkan. Bahaya kalau dibiarkan. Terus pergi hospital bawak ic dan buku pink. Kat kecemasan bahagian ibu & anak tu awak akan di scan untuk tengok apa yang ada dalam uterus. Kalau macam saya, doktor cakap rahim saya tebal and ada benda dalam rahim. Pastu untuk sure kan lagi, doktor akan ambil sample dalam uterus anda. Menggunakan muncung itik. Sedikit uncomfortable sebab luka jahit baru nak kering. Pastu trauma seluk tu tak hilang lagi. Esokkan harinya saya diberitahu untuk start puasa pukul 2am sampai operation day which is esok. Saya kena cuci rahim. Tapi jangan risau (saya pun risau gak awal awal, dalam operation room saya menggigil takut 😭😂) so dalam operation room tu ubat bius separuh badan diberi melalui injection di tulang belakang. Mereka akan bius dulu kulit baru cucuk dalam tulang belakang. Okay rasalah kebas sikit. Tapi bila dia masukkan tools dalam rahim, saya mula rasa sakit 🥹 ubat bius tu tak berkesan sangat kat saya. Pastu doctor bagi saya tidur sepanjang operation tu. Bangun bangun dah siap. Tapi takleh duduk selama 6 jam. So kena baring jelah sepanjang 6jam. Kencing dan berak rasa cam masa awal awal bersalin dulu. Jalan pun kena slow slow. Darah keluar sikit je. Sepanjang 5 hari tu saya pump susu and pass kat suami untuk bawak balik rumah. Dan sepanjang 5 hari tu juga saya nangis sebab tinggal anak dirumah. Tapi awak boleh je decide untuk bawak baby sekali tapi saya sarankan jangan sebab nanti awak penat. Serious. Lebih baik awak pulihkan badan awak kasi sihat kasi kuat balik baru jaga anak balik. Sabar ya moms. Mothers are strong 💪🏽❤️ #firstmom #cucirahim #postnatalendometritis

3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Salam. Moga awak cepat sihat ye! Nak tanya, bila awak kata tumpah darah tu berterusan sampai berapa lama ye? Tumpah banyak mana? Sbb saya pernah jugak mcm darah bercucuran lepas bersalin csect. Hari keberapa tak ingat tapi mmg banyak sampai melimpah. Tapi lepas tu nifas keluar sikit sikit sampai la hari ke 50. Tak pernah pulak saya pergi check huhu. Rasa mcm ok je. Risau pulak dengar

Đọc thêm
11mo trước

dia non stop sampai awk da hampir pengsan.

hai sis saya pon alami bnda sama.tp x operation pon.saya doc kata cuma dinding rahim tebal dan darah beku ada lg.so dia bagi antibiotik je.saya sangat trauma ya sbb banyak darah keluar and now menyesal xnk renyah2 lagi. hmm

11mo trước

Awak nak tanya, sepanjang awak on antibiotics tu awak breastfeed tak?

Tumpah darah macam mana tu, lepas balik dari rumah ke? Allah seramnya 😭😭. Semoga cepat sembuh n kuat ya. Saya tumpah darah immediate after delivery. Sejam untuk stop kan.