Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
34126 Người theo dõi
Mucus plug
Hai mommies. Saya pregnant 37 minggu 2 hari sekarang (anak pertama). Saya follow up di swasta, sekarang saya dah ada bukaan 3 cm tapi masih tak ada apa apa tanda lagi untuk bersalin. Doc pun suruh saya balik dulu. Cuma petang tadi masa saya nak buang air saya tengok di panties saya ada mucus plug tapi tak ada darah. Mommies tahu tak ni tanda nak bersalin ke ? Biasa lepas keluar mucus plug ambil masa berapa lama untuk bersalin ?
berat baby
hai mommy, saya preg 34 minggu 5 hari tapi berat baby baru 2kg.. normal ke tu? tpi dr ckp kecil skit.. ada yg sama mcm saya ke?
Apakah makanan yg perlu di ambil oleh ibu hamil untuk mengurangkan jaundis bayi?
Darah ibu jenis o manakala suaminya jenis A tetapi mengapakah jenis darah anaknya jenis B?
jahitan melahirkan
hai saya baru melahirkan 6hari secara normal, tapi tadi tengok benang dah tanggal, normal ke tu ? rasa takut sbb first time
Baby kecil / iugr
Hai. Saja nak share pengalaman sebab saya tengok banyak jugak yang tanya pasal kes baby kecik dari usia kandungan sepatutnya. Ni saya cerita berdasarkan pengalaman saya je tau. Saya pregnant anak first. Saya start sedar baby kecik masa saya buat detail scan 25w. Sonographer tu kata, baby saya baru around 21w masa tu. Dia suruh saya inform kat kk masa checkup nanti. So saya pergi kk masa 28w dan saya inform doktor. Doktor cek and memang betul kecik, masa tu baby 24w. Kiranya baby saya ni lewat sebulan dari usia sepatutnya. Doktor kk pun refer saya ke o&g hospital. 1st - 30w, berat baby 1kg. 1st appointment kat hospital. Doktor o&g hospital dah sahkan memang baby kecik, especially badan baby. Puncanya tak tahu. Doktor kata bila baby kecik ni, kena selalu pantau dan kena beranak awal dalam 37w macamtu. So doktor pun bagi tarikh untuk next appointment untuk pantau tumbesaran baby. 2nd- 32w, berat baby 1.4kg. Doktor cek doppler (aliran darah kat tali pusat baby), doktor kata suspicious. Probably something wrong kat situ yang menyebabkan baby kecik. Doktor suruh warded untuk cucuk dexa, tapi saya mintak transfer hospital lain sebab nak balik kampung. So esoknya saya pergi hospital kat kampung saya, doktor bagi tarikh lain untuk appointment. 3rd- 34w, berat baby 1.7kg. Doktor cek doppler dah normal. Tapi saiz badan baby masih kecik dari sepatutnya. Cuma dia tetap ada peningkatan setiap kali appointment. Maksudnya baby saya membesar je dalam perut cuma agak perlahan. Doktor kata selagi dia tak stop membesar, selagi tu tak bahaya. Keadaan baby pun sihat, air ketuban normal. Doktor nasihatkan untuk cek betul² gerakan baby sebab ada risiko meninggal dalam perut. So setiap minggu or setiap 2 minggu memang kena ada follow up lah. Dan doktor suruh beranak awal, dia akan bagi tarikh nanti. Dalam 37w macamtu kena beranak. Sekarang saya dah 35w. Lepas raya nanti doktor bagi tarikh untuk induce. Doktor kasi can beraya dulu 😂 Alhamdulillah baby saya aktif je walaupun kecik dari baby lain. Hopefully beranak nanti berat dia cecah lah 2kg, takde lah takut sangat nak pegang baby kecik² ni 😆 And untuk mommy yang lain, jangan risau sangat kayy. Selagi baby membesar dalam perut, InshaAllah baby baik² ajee. Teruskan ikhtiar minum susu and makan berkhasiat ya. Semoga semua urusan ibu² dipermudahkan. Doakan saya juga nak bersalin tak lama lagi 🥶
GDM On Diet 37 weeks
Sedihnya.. dah 2x minum air gula bacaan normal je. Kali ke-3 kena minum lagi walaupun dah week 36 sbb berat badan naik mendadak. Sangkut di bacaan selepas makan.. 7.9 je sangkut dah 😔 stress rasa. Harini start maintain buat bsp hmm.. Ada chance ke nak turunkan balik bacaan gula tu? 😔
Salam ibu semua..sy first mom..dan dah 36 minggu . Sy nak tnye...malam smlm sy ade bersama suami
Pagi tadi ada kelua darah..2 3 kali kencing kelua darah..seterusnya trus tiada lagi kelua darah ..dan sy xrasa sakit apa2...adakah tu trun tanda?maaf..ayat berterabur ..
37 weeks belum ada tanda bersalin
hai. ada yang 37 wks ke sekarang? saye blm ade tanda lagi..cuma bahagian bawah tu je rase sakit mcm menekan.. kaki dah kembang...mmg tak blh bdiri lame. baby kick still okey...ade tip ke nak cepatkan bersalin? selain bersama suami. #seriusnanya #ingintahu
Tahi bayi usia 30hari agak keras
Hai mommy ,nak tanya ank sya minum susu smilac neosure yg khas bayi pramatang sbb dulu lahir 34mggu artu. Skrg dia dh 30hari, so tahi dia skrg agak keras ,persoalan sya skrg adakah sya kena tukar susu agar tahi dia xkeras?
Kick baby
Hai mommies, kalau kandungan 36 minggu tiba2 pasif, biasa jam 1 petang dah dapat 6 atau 7 kick gitu, hari ni lain sikit, baru dpt 3, dan tendangan tu pon slow tak macam biasa. Patut ke hospital tak ya? #firstbaby