Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
36799 Người theo dõi
15 week 4day = brapa bulan?
Salam semua. ni 1st pregnancy journey saya.. da masok 15week 4days.. sbenarnya sy rasa mcm xpreg pun.. mybe sbb perut kecik or takde alahan apa2.. sy risauuuuu.. boleh x share, apa yg mommies smua rasa masa 15weeks ni?????#firstmom #firstbaby #pleasehelp
Bila masa baby rasa tendangan ye,berapa minggu?
Berapa minggu rasa baby tendang?
Alahan ketika 2nd trimester
Hi ibu2 sekalian! Nak tanya ada tak kat sini yang takde alahan masa 1st trimester, tp masuk 2nd trimester tiba2 ada alahan asyik muntah2 lepas makan? Masa 1st trimester sy mmg takde muntah2, cuma loya2 je cuma 3 hari lps sy start pening kepala and harini tak boleh telan makanan mesti muntah je. Lembik rasa badan
Alahan mengandung
Ada tak ibu2 preggy 12w yg lpas2 makan je msti muntah2 .hidung selalu tersumbat.kdg2 nafas rasa tercunggap2
Kndungan 14week
Pernah tak ibu2 yang sm gn sy perut naik ruam gtal2 smpi nak brair#ingintahu
Pengalaman warded & Drip Air 15 Pint
Assalamualaikum and hi, ibu-ibu! Kalau ibu sejenis yang terkena alahan teruk, asyik muntah, makan minum tak lalu, this sharing is for you. Pengalaman ini terjadi dengan diri saya sendiri. Lain ibu lain pengalaman mengandung, ye dak? Just nak share kot kot ada ibu lalui benda yang sama macam saya. Kandungan pertama, trimester pertama. Morning sickness tu perkara biasa. Tapi yang jadi tak biasanya adalah muntah yang berlebihan. Sehari kadang lebih 10 kali. Tengah tidur lewat malam pun boleh terbangun terkejar-kejar ke toilet untuk muntah. Nak makan? Muntah dulu. Dah makan? Muntah lagi. Makan ubat? Boleh telan tapi sejam kemudian muntah balik. Minum? Tak payah cakap. Minum sikit muntahnya banyak. Benda ni berlanjutan lebih dari 4 minggu. Sehingga akhirnya kudrat dah tak ada, badan dah lesu. Berat badan turun mendadak, nak kerja pun dah tak larat. At last decide untuk serah diri kat emergency department. Sampai kat emergency of course kena daftar dulu and bayar rm1. Kemudian tunggu sekejap then kena panggil untuk check BP. After that check jantung. Tak lama lepas tu kena masuk zon kuning. Nurse pasang line drip, masuk air, masuk ubat tahan muntah & ubat gastrik. Doktor pun datang scan baby and tanya-tanya untuk kumpul maklumat tentang alahan saya. And doktor nak tengok juga buku pink. So, ibu-ibu! Pastikan buku pink sentiasa di bawa ke mana-mana. Also, kena ambil sample urin. Once dah dapat result urin, nurse pindahkan saya ke ward sementara. Nurse minta bantuan family member yang ada masa tu untuk daftar dekat unit hasil sebab saya kena admit ward gynae. Once dah settle daftar, tak lama lepas tu saya dipindahkan ke wad. Sampai kat wad, nurse timbang berat, and bagi baju untuk tukar. Lepas tukar baju nurse bawa ke bilik scan untuk sekali lagi scan baby since doktor dekat wad tak sama dengan doktor dekat ED. Dah siap scan, di sini lah episod drip air non stop every 4 hours. Jam 1pm - 5pm, 5pm - 9pm, 9pm - 1am, 1am - 5am, 5am - 9am.. and so forth untuk 3 hari 2 malam. Also pada masa-masa tertentu nurse akan masukkan ubat tahan muntah & ubat gastrik. Ada juga ubat yang perlu diambil secara oral. Every morning dalam jam 5 subuh lepas bangun nurse akan timbang berat badan and collect sample urin untuk test ketone. Day 1 ketone 3+ and Day 3 ketone jadi 1+. Everyday doktor monitor and tanya boleh makan minum ke tidak, ada muntah/loya lagi ke tidak, kencing sakit ke tidak, and etc. By Day 3, pakar O&G dah round ward and saya dah nampak sihat and boleh makan, no more muntah and loya, saya dibenarkan untuk pulang. Doktor prescribe dengan beberapa jenis vitamins dan ubat tahan muntah cukup untuk 2 minggu. Alhamdulilah, sejak discharged dari wad sampai lah ke hari ini, setakat ni takde muntah lagi. Loya sekali sekala tapi syukur sangat sebab dah tak muntah. Nasihat saya pada ibu-ibu yang mengalami alahan teruk sehingga menjejaskan aktiviti seharian dan badan jadi lesu tak larat, pergilah ke kecemasan. Jangan takut jangan risau. InsyaAllah boleh kurangkan alahan. Sekurang-kurangnya makan minum pun selera juga. Oh! Kalau ada yang tertanya-tanya ada bayaran tak lepas saya discharged, jawapannya NIL. RM0. Atas asbab saya penjawat awam. Panjangkan post ni? Tahniah buat yang dapat baca sampai habis 🤭
Normal ke bleeding tiap bulan tpi pregnant ?Tapi kalini pinggang sakit sngt , nak menngis risau bby
Bleeding 14weeks
kepala rasa berat dah nk masuk 4 hari
Adakah sbb morning sickness atau saya x sesuai dgn obimin plus. ada x mommies2 yg bila makan obimin jd sakit kepala. x pernah rasa mcmni🥺😭
Keguguran atau turun darah
Awal kehamilan mmg sy ada spotting. Sy stop ubat kuat rahim awal bulan 8 sb spotting da benti. Sy punya kandungan pun lari dari tarikh period. Masa scan 7w doc kata kantung kosong. Patut sy da 10w ikut tarikh period. Jd sy minta pilihan tunggu 2minggu. Dlm 1minggu ada lendir coklat. Start isnin haritu spotting fresh blood. Selasa berikut darah makin lebat dkt panty liner. Pagi tadi sy kencing tiba ada keluar mcm gumpulan. Sy sakit mcm light senggugut. Sy tak pasti apakah sy da keguguran atau permulaan turun darah. Maaf gambar kotor. Inginkn kepastian esok temujanji doc hosp update 9/9/2022 8/9/2022 complete miscarriage terima kasih semua. skrg tgh berpantang. doakan sy kuat dan sihat sepenuhnya
Loya minum air mineral, Ada ke yang sama dgn saya?
Saya sebelum ni elok je minum, masuk 12week ni sye minum air masak terus rase loya lepastu muntah.. minum air manis okey pulak, tapi nanti 22/9 ni kena minum air gula, buat saya bertambah risau.. saya cuba ikhtiar titis sunquit dalam air masak bagi rasa oren je.. Ada ke yang sama macam saya?