Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
21071 Người theo dõi
Tarikh edd lebih awal
Assalamualaikum, nak tanya ada tak mommy kat dalam ni bila pergi scan kali pertama saiz janin besar beberapa hari. Sepatutnya scan haritu 6w6d tapi bila scan 7w3d. Biasanya kita akan kurang seminggu tapi ni dia besar sikit pulak. Ada tak yang pengalaman macam tu?
Pregnant tapi pernah keguguran sbelum ni
Hi Assalamualaikum, nk tnya ibu2 semua, sbelum ni saya pernah keguguran 2x.. dua2 7w.. dr ada ambik sample gugur kali kedua tu tapi smpai skrg takde apa2 result and saya tk thu kenapa.. kli ni saya mengandung lagi lepas lebih setahun saya last gugur.. kalau ikut period baru 6w lebih.. kalau bukak buku pink nnti kandungan saya dr akan pantau lebih tak? And berapa w yg okay utk saya bukak buku supaya senang dr nk pantau? Tq mommies
Nampak heartbeat usia kandungan ke berapa ?
Kalau scan Kandungan 6w dah boleh nampak heartbeat ke belum ye ?
Muntah Selepas makan
Salam semua, saya hari ni baru 8w+. Saya nak tanya lepas makan muntah balik tu kira morning sickness ke macamana ya. Sebelum ni macam okay je ,, sekali sekala je muntah lepas makan. Cuma hari ni sepanjang malam saya tak boleh tidur perut berangin dan muntah sampai perut kosong. Kira saya dah start alahan ke ya ?
breast sakit
hi nak tanya, breast mmg akan sakit ke sepanjang pregnant? atau kadang2 ye?
Lewat period
Hai ,saya nak minta pendapat korang sbb ni first time .saya lewat period bulan ni dan Sya ada cek upt naik double Line perlukah saya double conform preg klinik atau MCM mana?
Curiosity ibu hamil anak ptama
Hi semua..normal ke kalau ibu pregnant kerap rasa sembelit? Then kdg2 cirit birit? Camne nk atasi?
Keputihan kuning
Assalamu'alaikum.. ikut kiraan doktor kandungan baru masuk 6 minggu .. cek pada minggu kelima belum nampak kantung. Scan lagi minggu depan. sejak semalam sy alami keputihan kuning.. Tak bau ,tak gatal. Cuma bila periksa time nak cuci bawah.. keputihan yg ada lendir jernih bersama putih susu. pagi pun camtu.. kadang kering. Cuma bila nak Masuk tengah hari -petang... tukar panti tu ada kesan sedikit calitan keputihan kuning. Normal tak? Adakah sebab terlalu banyak bergerak atau kesan ubat jenama iberet?
Boleh ke brisk walk atau sertai fun walk semasa kandungan 5 minggu?
Hai, sy buntu. Sy dah daftar fun walk 5km dari sebelum pregnant lagi. Baru2 ni sy dpt tau sy pregnant, dan fun walk tu sabtu ni. Mak xbenarkan sy join sbb risau risiko gugur jika kandungan sy tak kuat. Suami sy benarkan tetapi hanya jalan seperti biasa. Kata mak sy, sy dhopeh berjalan lasak sehingga lepas bersalin. Apa pandangan mommies sekalian?
Preggy tapi masih menyusu
Anak sulung saya setahun 2 bln, now preggy 4 weeks+. Anak masih menyusu. Ada tak Ibu2 kat sini pengalaman preggy tapi masih menyusu anak? Plz share pengalaman sini tkshhh