
Tak sangka berjaya putus susu 7 hari sebelum anak 2 tahun. Pada awalnya nak cuba2, tak sangka berhasil pulak kali ni. 3 bulan sebelum betul2 putus susu, waktu siang je saya ajar dia perkataan ‘susu expired’ dan jarakan kan jam penyusuan. Contoh sebelum ni setiap 2 jam akan menyusu, bila waktu nak ajar saya jarakkan 4-5 jam baru bagi susu. Bila keadaan di minta susu tu saya cepat2 lumurkan asam jawa paste, kunyit lepstu tunjuk la susu ibu dah expired. Dia auto tolak, tapi akan gelisah dan memang cuba2 untuk jilat. Tak diheran nya. Dia jilat juga. Masa tu kita main2 la dengan dia bagi dia hilang focus nak susu tu. Keadaan ni berlaku ON OFF. Kejap jadi kejap tak. Sebab dia masih jilat. Tapi saya dah masukkan dalam fikiran dia apa itu expired dan rupa breast comot. Dan pada hari kejadian… Hari pertama - Lepas makan tengahari, saya guna sapuan baru dekat breast saya. Sebab last time dia tak heran jilat je. Kali ni saya titik2kan breast dengan marker pen (whiteboard) dekat kawasan areola. Mmg buruk teruk. Tapi corak tu tak hilang la, bra pun tak comot tu yang penting. Reaksi pertama dia pelik geli sangat. Tak try pun nak hisap ke jilat ke. Memang setiap jam dia cuba nak minta susu juga, saya akan cakap ‘susu ibu expired’ lepastu dia minta nak tengok, kita tunjuk jela. Time ni terus offer susu formula. Minum la sikit 1oz mcmtu. Gelisah teramat sangat seharian, tapi dia mcm terima kenyataan. Cuma kita kena focus layan dia, main dgn dia supaya dia tak asyik minta susu. Hati kita ni yang kena kuat nak jalani prosess ni. Sehingga la malam paling berdebar, sebab tak tau keadaan nya macam mana lagi. Sebelum tidur saya bagi dia kenyang puas2, bagi apa makan kegemaran dia. Bagi dia main penat2. Last sekali bagi susu formula. Masa nak tidur tu kita layan kan dia jela apa dia nak kita buat, make sure bilik gelap ada cahaya sikit supaya dia tak panik. Tidur nya agak lewat (12am), tapi Alhamdulillah berjaya tidur sendiri. Kalau sebelum ni, setiap 2 jam dia akan cari susu, tapi malam kejadian magic berlaku pada jam 5 pagi baru dia berbunyi dan gelisah, masatu saya bisik2, cakap dkt dia berulang2, susu ibu expired, susu ibu expired. Peluk2 dukung cium. Extra love la kiranya. Dia pun redha dan hanya minta air kosong, dan tertidur balik. Bangun je pagi, terus peluk dia, puji2 dia, cakap sorry tak dapat bagi susu ibu sebab dah expired. Lepastu ikut jela apa dia nak, nak air ke nak susu ke nak main ke. Dan keadaan ni berulang selama 1 minggu. Ada malam dia menagis teruk sangat, ada malam tak bangun langsung. 1 minggu pertama memang kita penat sikit. Tips saya kalau malam dia menagis tu kita senyap je, jangan bunyi apa2, atau pujuk2. Lagi pujuk lagi kuat meraung nya. Insha Allah dia penat menagis akan tertidur sendiri lepastu. Kalau boleh waktu prosess ni biar kita tidur di lantai beralas toto je. Bagi dia selesa nak guling macam mana dia nak. Nampak macam tak sampai hati teruk nye lahai kita ni kan bila dia menagis guling2 dekat toto, tapi bila dia bangun pagi muka senyum kita pun rasa happy. Alhamdulillah sekarang dah genap 2 minggu kami putus susu, keadaan dia makin matang, dah tau tidur sendiri, ada hari siap tak nak kita baring sama dia pun ada. Ada hari sebelum tidur nak gentel kismis, kita bagi jela apa dia nak. Memang macam2 ragam nya. Anak saya tak minum susu formula banyak lagi, setakat ni sehari dia akan minum (3oz x 3 kali = 9oz) saja. Mungkin sebab tak biasa rasa lain lagi. Tapi saya tak risau sangat sebab magic berlaku lagi, bila putus susu dia minum air putih lagi banyak dari biasa. Boleh kata sehari dalam 24oz = 3 cawan orang besar untuk air putih. Oh waktu prosess berhenti susu tu, breast kita akan membengkak, tips saya untuk kurangkan bengkak tu, perah sikit susu dkt badan bagi bengkak tu hilang. Seminggu insha Allah semua akan hilang sakit nya. Akhir sekali saya doakan ibu2 yang bakal melalui prosess putus susu, dapat menjalani dengan mudah dan diberi kesabaran yang tinggi. Kita ibu yang hebat kan?❤️ Semoga posting ni membantu ibu2 semua. LOVE ALL #bantusharing #putussusu #weanoff #weanoffjourney
Đọc thêm






