Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
29563 Người theo dõi
Susah tido
Hai,sy prgnt 28 week,da 2 minggu lbih sy x bolh nk tido,pukul 4 5 pg masih segar mata..normal ke?
33 weeks pecah ketuban & contraction setiap 5 minit
Hi mommies semua, saya sekarang di labour room. Start contraction (rasa perut mengeras) malam tadi sampai sekarang dengan kekerapan setiap 5 minit. Pagi tadi ke klinik dulu sebab takde tanda lain, dr klinik refer ke hospital. Keluar klinik baru order makan dah start leaking, rasa air keluar tapi tak banyak, check kat toilet basah mcm air jernih takde bau. Terus bungkus makanan dan makan dalam kereta otw ke hospital PAC HTA/HKL. Air ketuban tak sama dengan air kencing, keluar dari lubang lain & tak boleh tahan mcm kencing kita boleh tahan. Sebulan lepas 27/10 saya kena warded 7 hari sebab keluar tanda darah dan spotting on off tak berhenti. Masa tu kandungan 28w. Dr monitor dan bagi dexa 4 dos untuk matangkan paru-paru baby, saya berisiko lahir baby pramatang. Harini di PAC leaking air ketuban berterusan. Check bukaan dah 3cm. Check CTG, terima dos dexa emergency/rescue dan on antibiotik drip sebab saya GBS positive. Masuk labour room bukaan 4cm. Disebabkan CTG result tunjuk intense contraction & leaking ketuban kena standby mode kat labour room. Selain tanda contraction (rasa perut mengeras selama 30 saat ke 50 saat setiap 5 minit) monitor guna contraction tracker app, saya sakit pinggang (rasa cramp) sepanjang malam. Pesanan untuk mommies especially first time mom, boleh ke klinik/hospital segera jika: 1. Contraction (rasa perut mengeras/period cramp) setiap 10 minit 2. Sakit cramp pinggang berterusan 3. Keluar lendir darah or bleeding 4. Baby tak gerak or kurang 10 gerakan lebih 12 jam Mommies alert ya kalau GBS positive or belum 37w kena urgent terus ke hospital, jangan lengah. Husband or ibu seorang sahaja boleh teman di labour room. Minta kalian doakan saya, Syafika Madiha & baby selamat.
1st mom , nak tahu…
Dekat nipple saya ni , ad mcm 1 cecair melekat . Wrna putih.. apa benda tu ye… susu ke ? Saya ad cuci jgk… tpi susah jgk nk keluarkan tu… ada ke cara lain macam mana nak cuci tu bagi bersih semua tertanggal
Masuk 35 minggu Baby songsang
Pregnant anak ke-2 setelah 8 thun mnggu..Hari ni jumpa doc scan baby doc bgtau baby songsang coz kepala dekat atas...Ada ka yg sma pengalaman mcm sya supaya blh betulkan kedudukan baby..Rsau sgt
MASUK UBAT COSMOFER
Esok nak masuk ubat cosmofer lagi..tpi takut duit x ckup nak bayar grab..dah la gaji lmbt😞btw sy single mum anak first😊
Confirmation Letter
Hi mommies, mcm mana nak dptkan confirmation letter of pregnancy dari doc ya? Pernah try, mungkin sbb doc busy kot yela patients dia assist pun bukan sikit. Saya nak dptkan confirmation letter tu sbb sarawak ada buat bantuan untuk ibu2 bersalin untuk tahun 2023. Mana la tau rezeki..
Boleh ceritakan pengalaman mom bersalin czer?
Sy nak tahu perasaan dan pengalaman smua yg bersalin czer untuk anak pertama.sugget dlu apa perlu kita buat mom.
Placenta Previa Prosterior Type 3
Saya dapat tau sy ade PP type 3 di usia kandungan 33 minggu. Itu pun sbb sy bleeding sket je. Ade tak mommy2 yg sama dgn sy? Atau yg dh ade pengalaman. Risau sgt. Down sgt2 bila kena duduk ward sampai bersalin. PP type 3 ni kena bersalin awal dan secara czer. Ini anak pertama sy. Mcm2 perasaan ada. Risau, stress, takut..😔😔😔
Nak tanya tdi baru dktr kata ada darah kat ujian kencing tpi bila kita tengok kencing tu xda pulak..
Adakah ia normal? Apa penyebab ya mom tahu ke?
Maltofer dan obimin
Salam mommy semua. Saya ada nak letgo maltofer dan obimin. Beserta dengan susu anmum sachet. Saya terbeli banyak, lastly tak serasi dengan saya. Kalau berminat, boleh tinggalkan number ya. Saya nak bagi free, cuma mommy bayar postage je lah