9 Các câu trả lời
Wanita hamil boleh tidak berpuasa? Ya boleh.. Mesti cuba puasa dulu, tak larat baru buka? Tidak.. == Dalil == “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.” ( Riwayat al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667)) == Apa maksudnya? == Dari hadis yang umum di atas, mahzab dan ulama bersepakat yang wanita hamil dan wanita menyusukan anak diharuskan untuk tidak berpuasa. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Siyam tidak menukilkan sebarang syarat khas untuk perempuan yang hamil untuk tidak berpuasa kerana tidak terdapat sebarang dalil mengenainya. Jadi, jika hamil atau menyusukan anak je, harus tak berpuasa.. Tak perlu cuba dulu puasa dan tak perlu atas nasihat doktor. Yang penting, niat mommy tu nak bagi baby dapat full zat, bagi sihat.. Saya rasa semua mommy nak baby dapat zat yang sempurna.. ye dok.. 😊 Ni bukan saya kata, ini apa yang Nabi sampaikan dan ulama dah bersepakat. Ianya umpama kita musafir, ada ke kita perlu syarat tambahan untuk jamak dan qasar? Adakah kita perlu cuba solat zohor 4 rakaat dulu, kalau tak larat baru qasar jadi 2 rakaat? Tidak kan.. Asal musafir je kita boleh jamak qasar tanpa perlu nasihat doktor 😁 Samalah juga perempuan hamil dan menyusukan anak.. Harus tak berpuasa.. Harus ni maksudnya dibolehkan.. Kalau nak berpuasa jugak, tiada masalah.. Umpama musafir yang taknak jamak qasar.. Tak berdosa ke apa.. Tapi diharuskan untuk jamak qasar. Kalau nak puasa masa hamil ikutlah, tapi takyah nak push dan berbalah dengan orang lain.. Benda sudah disepakati ulama.. Kalau ada perbezaan pendapat ulama pun, pada bab perlu ganti puasa atau bayar fidyah.. Bukan bab boleh tak puasa ke tak, sebab sudah sepakat harus tidak berpuasa. Kalau ikut imam Syafie.. Ganti saja puasa.. Kalau dari mengandung sampai menyusukan anak dok tak puasa, ganti dan bayar fidyah.. Tu je.. == Pendapat saya? == Kalau tanya saya, saya jenis orang logik.. Kalau wanita hamil berpuasa, for sure zat yang diterima baby akan kurang berbanding masa ibu tu tak puasa.. Contohnya.. Jika kita biasa bagi baby makan 3 kali sehari, bagi baby cukup makan.. Tiba-tiba bagi baby makan 1 kali sehari.. Baby boleh je hidup makan 1 kali.. Tapi jumlah zat tu tak sama lah.. Sama macam ibu hamil.. Ianya bukan pasal ibu larat ke tidak.. Bagi saya ianya tentang kesanggupan ibu untuk kurangkan sedikit zat yang diberi pada baby.. Banyak ibu yang tak sanggup nak kurangkan zat.. Nak bagi full zat.. Sebab itu Islam haruskan tak puasa.. Sesungguhnya sains dan Islam itu seiring. Sebab itu Islam agama paling sempurna. Ada penyelesaian segala masalah. == Kesimpulan == Wanita hamil adalah seseorang yang sedang berjuang.. Hamil itu sendiri ibadah yang besar. Mempertaruhkan nyawa untuk mengembangkan umat Islam.. Bukan benda kecik.. Mati melahirkan anak tu mati syahid.. Nampak tak betapa besar nilai ibadah seorang yang hamil.. Sebab itu lah diharuskan tidak berpuasa untuk wanita hamil dan menyusukan anak.. Banyak sumber pahala lain yang boleh dikejar dalam ramadhan.. Hamil dalam bulan ramadhan sahaja sudah berganda pahalanya.. BERJUANG untuk beri nutrisi sempurna pada khalifah yang bakal lahir. Lelaki mana dapat kelebihan tu.. So relax saja.. Takyah kutuk atau perli wanita hamil yang tak berpuasa.. Kerana hukumnya harus tak puasa untuk menjaga kandungannya. Nak rujukan? Gi baca penerangan mufti wilayah di >> http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1969-31 Selamat menyambut Ramadhan 😊 Credit : Wan Syafiq Cik norish mmg tak mampu nak puasa tiap kali puasa.. sekali je penah try mmg lembik. Hari 1st dah kena basuh & terus fobia.. Kata abah bapaknya eg, pakciknya kak kila.. Masa datang beli udang 3 tahun lepas. Haa.. abah baru je balik kebumi baby. Dah cukup bulan tapi ibunya puasa, tiba2 anak dalam perut tak bergerak dah.. Haa.. ni abah nak pesan, Kalau ngandung xyah lah puasa tak wajib pun, kita mmg bertenaga, tp dekat dalam tu kita tak tahu.. Aku dgn laki dah cuak dah.. Gila tak cuak.. anak 1st wei.. start dr tu aku mmg x puasa.. Xpelah.. Allah tahu nawaitu kita macam mana.. Nak sangat puasa kalau mampu..
puasa itu wajib pd setiap org islam & dan perlu tunaikan . utk ibu mengandung , yg risau kesihatan dri wktu mgandung & menyusukan ank islam beri kelonggaran utk tdk berpuasa @ berbuka tpy bukanlah 1 sbb utk tdk berpuasa. hukum nya berdosa. ( sengaja @ tdk mahu mncuba puasa dgn alasan2) sy juga prgnt tpy sy sgt menantikan ramadhan, pahala berganda lebih lg pd ibu yg mgandung. jd pd pndpt sy.. usha la berpuasa dgn menitik beratkan pgambilan mknan pd wktu sahur . sekiranya tidak mampu menruskan puasa, berbuka la yakni dlm keadaan mudarat ats dri rse pitam, pening, mengigil etc.. nty qada puasa . jka baby tdk brgerak @ risau ats kesihatan ank xdpt zat etc.. xpa jka x berpuasa tpy nty qada & byr fidyah. Allah Maha Tahu☺️ #Islamagamaindah #Allahsayang
pendapat sy jgn kalau kandungan bru 1st trimester sbb dia baru nak jadi and memerlukan zat utk membesar.. sy yg 2nd trimester pn tk larat nk berpuasa sbb lapar teruk sbb baby dh strt nk membesar lg byk dia nk buat utk zat dia.. pape pn boleh rujuk Doctor, tp mostly doc tk kasi.. tgk pd badan ok
Sy 12 weeks. Alhamdulillah hari nie puasa sume ok. Sedangkan sy ada gastrik and pedih ulu hati tp ari nie x rasa pun. Alhamdulillah dipermudahkan. Sy sahur mkn nasi, minum air masak and susu kurma. Ramai kata susu kurma membantu.
Uuu7 huh uuuuuuhiiuiiiiiiiiii
Promo terbesar expert care sudah dimulai, diskon hingga Rp.100.000 sedang berlangsung di shopee, ada juga voucher diskon 100% alias gratis bagi bunda yang beruntung. Buruan cek di https://shope.ee/9UfEMMqqTg (id-2002485)
Yg penting masa sahur mkn nasi...pas 2 nak ada tenaga..rendan kurma semlman..masa sahur minum...n byk kan minum air ye...
Sama 10 weeks juga. Tp tak dpt lah puasa.
Entah laa suka hati laa labu....
Samah lah
Cik Umi