Waktu cuti bersalin senang je nak bagi direct feeding ke anak. Menangis hulur saja, menangis jom bagi feeding tapi ramai mommies bila dah start kerja...haaaa masa ni waktu menyusu dah mula kurang terjaga.
Malah banyak ibu menyusu berhenti susu badan bila dah kembali ke kerja..
So sini saya sediakan a few tricks and tips untuk mommies kekalkan penyusuan susu ibu bila dah kembali kerja.
Soalan 1:
Saya seorang mommy yang bekerja, susah saya nak ikut jadual pumping 3 jam sekali. Kadang kadang sempat 1 kali sahaja. Macam mana saya nak maintain jadual?
Jawapan:
Set alarm
Handphone semua dah canggih canggih kan, takkan alarm tak tau nak set. Bila alarm sahaja, minta excuse nak ke tandas ke, nak ambil barang ke lepas tu pergi la pump.
Soalan 2:
Saya tiada masa nak pump. Rasa macam pump tu lama sangat nak buat.
Jawapan
Berapa lama anda ambil masa nak pump?1 jam ke?
Ikutkan 10minit dah boleh kosong dah breast kalau teknik pumping betul. Kalau guna double breast pump lagilah, 15min siap *termasuk dengan masa nak setup pump.
Soalan 3:
Bila mula balik kerja saya selalu stress. Stress dengan boss, stress dengan kerja, stress tak cukup tidur. Kan stress turunkan susu. Macam mana saya nak tak stress?
Jawapan
Sebelum pumping prep diri dulu.
Buat sesuatu yang menenangkan anda
Tengok video baby ke
Pasang lagu ke
Makan chocolate ke
Pakai essential oils ke (suka bau yang sedap sedap)
Sambil pump pun jangan fikir kerja...
Tengok K drama ke
Membawang ke (ooops)
tengok tengok dah setlle dah pump susu
Soalan 4
Ada ke makanan yang boleh naikkan production susu
Jawapan
ADAAAAAA
.
.
apa apa makanan that makes you happy
Hantu durian? makan la
Hantu chocolate? makan la
Jangan stress sampai elaaakkkk semua makanan. Yang penting jaga kuantiti. Kalau tak nanti ada yang menangis kenapa saya menyusu tapi berat tak turun..hehehe
TAK PERLU MILKBOOSTER DI PASARAN (tiada hasil kajian yang bukti ia berkesan pun)
Soalan 5:
Ada ke makanan yang saya perlu elakkan supaya susu tak drop?
Jawapan
ADAAAAA
.
.
Elak makan terlalu SEDIKIT
Ibu menyusu perlu kalori yang mencukupi
ingat ye perkataan MENCUKUPI
Kami tak galakkan ibu menyusu berdiet extreme waktu 6 bulan pertama.
Malah ikut RNI MAlaysia 2017 Ibu menyusu (yang normal weight ye) perlu pertambahan 500kcal waktu 6 bulan pertama menyusu
Makan seperti biasa ikut suku suku separuh supaya cukup zat untuk menghasilkan susu, dan snek saya galakkan anda ambil 1 sajian protein.
Contoh 1 sajian protein yang boleh dijadikan snek
1 cawan susu
1 genggam kacang kekacang (semua jenis boleh)
1 biji telur
1 set (1 kotak) tauhu sumbat
1 cawan (yang biasa dijual tu) yoghurt
Tu baru 5 tips.
Nanti saya fikir kalau ada lagi saya tambah.
Nak pergi ambil anak dulu
Kalau ada soalan yang nak saya masukkan sila lah tanya di bawah.
Sekian
Dietitian fizah sobri
PhD in lactating