20 Các câu trả lời

doktor, mahu tnya. kalau 21week,rasa sakit bawa perut sbelah kiri tu normal ke tak?

Selamat Sejahtera Puan Adriana. Sakit ligamen, khususnya disebelah kiri ataupun kanan rahim adalah normal dan berkait dengan rahim yang makin membesar. Sakit ini biasanya tidak terlalu kuat, hampir sama seperti "dull", "mild" ataupun "period pain" dan lebih berkait dengan aktiviti seperti pergerakan. Tetapi sekiranya ia makin berulang, ataupun puan ada faktor risiko untuk rahim yang lemah, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor pakar puan.

Hi dr , apakah cara untuk menguatkn rahim kita semasa mengandung ?

Terima kasih untuk soalan puan yang sangat penting. Terdapat pelbagai cara untuk elakkan rahim yang lemah, antaranya adalah untuk memastikan ibu hamil makan dengan seimbang dan elakkan makanan raw dan yang tidak dimasak, termasuk susu yang tidak diproses. Selain itu, jangkitan kuman, terutamanya penyakit kelamin, jangkitan kuman pada air kencing dan vagina adalah sangat penting dan kebersihan diri dan penjagaan hygiene adalah sangat penting. Exercise seperti berjalan kaki ataupun swimming digalakkan waktu mengandung. Adalah jugak penting untuk memastikan persekitaran yang sihat, tanpa pendedahan pada asap rokok dan bau yang toksin. Ubat untuk kuatkan rahim adalah tidak berkesan dan cara yang paling penting ialah lifestyle yang sihat dengan pemakanan yang seimbang. Bed rest jugak tidak digalakkan untuk kuatkan rahim. Cara lain untuk kuatkan rahim adalah untuk memastikan puan tidak ada faktor risiko untuk rahim yang lemah seperti pembedahan cervix, second stage caesarean section ataupun

Doktor, bagaimana saya nak tahu rahim saya kuat atau tidak?

Dear Puan Yaaa, sekiranya puan sihat dan tidak mengalami simptom seperti keguguran trimester kedua ataupun kelahiran pramatang yang berulang bermaksud puan tidak ada masalah rahim yang tidak kuat. Faktor risiko untuk rahim yang tidak kuat adalah lebih pada seseorang yang pernah melalui pembedahan pada pangkal rahim seperti "LOOP" ataupun "cone biopsy" untuk masalah kanser pangkal rahim ataupun pernah mengalami "second stage" caesarean section. Jarang sekali seseorang itu ada rahim yang tidak kuat tanpa sebarang faktor risiko. Tetapi sekiranya puan ada simptom ataupun faktor risiko, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor pakar seketika mengandung untuk penilaian cervix kerana ia boleh dirawat dengan pembedahan cervical cerclage seketika mengandung.

adakah dinding rahim tebal dikira perkara yang baik ?

Dinding rahim yang tebal pada ultrasound adalah sesuatu yang normal dan tidak berkait dengan rahim yang kuat. Ia dikira perkara yang normal.

adalah air kelapa membantu proses melahirkan

Dear Puan Rahiq, soalan yang selalu ditanya oleh ibu hamil. Air kelapa yang sangat digemari ramai sebenarnya tidak ada sebarang kebaikan kepada kandungan ataupun proses kelahiran puan. Puan boleh minum sekiranya puan suka tetapi ia tidak ada sebarang kebaikkan yang lebih untuk kesihatan dan kandungan puan.

apakah makanan utk kuatkan rahim

Makanan yang seimbang, dengan supplement seperti Vitamin D3 1000Iu, Calcium 1mg, dan folic acid 400mcg adalah antara supplement yang disyorkan. Makanan raw, ataupun yang tidak dimasak serta susu segar yang tidak diproses adalah tidak disyorkan. Walaupun tiada makanan ataupun ubat yang khusus untuk kuatkan rahim, yang penting ialah gaya hidup yang sihat, persekitaran yang bersih, tiada pendedahan pada asap rokok dan pemakanan yang seimbang adalah faktor-faktor yang penting untuk kandungan yang sihat dan rahim yang "kuat".

👏👏👏👏👏

apakah faktor rahim lemah

Antara faktor untuk rahim yang lemah adalah pembedahan pada pangkal rahim seperti rawatan kanser pangkal rahim ataupun pembedahan "second stage" caesarean section. Setengah-tengah orang yang mengalami kecederaan pada cervix, seperti kelahiran forceps ataupun cervical tear adalah diantara faktor risiko untuk rahim yang "lemah". Faktor yang lain tapi jarang adalah berkait dengan masalah "connective tissue diseases". Jarang sekali seseorang itu akan ada rahim yang lemah tanpa faktor risiko. Dari segi simptom, biasanya ini berkait dengan kelahiran pramatang, ataupun keguguran yang berulang pada trimester kedua.

👍

Mbb

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan