Apa Kata Anda Bawa Anak-Anak Bercuti Ke LEGOLAND Sebab Ada Banyak Promosi Menarik Menanti Anda Sekeluarga!

Wah, cuti sekolah sudah tiba mesti anak-anak tertanya-tanya ke mana agaknya ibu ayah nak bawa mereka bercuti pada hujung tahun ini, kan? Ha...kami ada cadangan terbaik iaitu bawa mereka ke taman tema kegemaran rakyat Malaysia, LEGOLAND! Apa yang lebih menarik, ibu dan ayah tak perlu bawa wang tunai yang banyak untuk berbelanja di LEGOLAND. Sebabnya, anda boleh guna Touch n GO eWallet untuk membeli apa saja dari taman tema berkenaan seperti tiket masuk, makan, minuman dan barangan cenderamata. Dengan kelebihan ini dapat membuka peluang kepada Touch n Go eWallet dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai gaya hidup tanpa tunai meskipun semasa bercuti. Bagi meraikan kerjasama ini semua pelanggan akan dapat menikmati promosi berikut sehingga 31 Disember 2019. - Diskaun 35% untuk transaksi sehingga 4 tiket harian atau tiket kombo LEGOLAND Malaysia sama ada golongan dewasa, kanak-kanak atau warga emas yang boleh dibeli dalam satu resit. Kemasukan hanya sah pada hari pembelian yang sama. - Promosi 10% diskaun untuk cenderamata yang boleh dinikmati di semua kedai cenderamata LEGOLAND Malaysia Resort kecuali kedai cenderamata hotel LEGOLAND. Promosi ini juga tidak boleh digunakan untuk barangan yang sudah dikenakan diskaun. - Promosi 10% diskaun untuk F&B. Promosi yang diberikan ini sah untuk semua kedai makanan di LEGOLAND Malaysia kecuali Bricks Cafe & Bricks Restaurant di LEGOLAND Hotel. Diskaun ini tidak termasuk caj perkhidmatan seperti SST. Untuk maklumat lebih lanjut mengikut terma & syarat bagi promosi ini. Anda boleh layari https://www.tngdigital.com.my/promotions atau https://www.legoland.com.my/.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan