sekadar perkongsian

Waalaikummussalam Puan. Air hujung rambut? Maknanya masa mandi, tadah air basuhan rambut dan minum? Begitu? Puan, air basuhan rambut tu kotor, ialah kita dah guna untuk mencuci kulit kepala kita kan? Dahlah tak direbus sehingga mendidih. Nanti keracunan lah pula. Mak yang hamil tak boleh makan makanan separuh masak atau mentah seperti telur goyang, keju lembut, sashimi atau rare steak. Ni kan pula nak minum air mentah. Aduhai. Tak ada penjelasan yang logik dengan minum air hujung rambut tu boleh memudahkan bersalin. Air kita minum perginya ke perut. Masuk melalui mulut, ke esofagus dan ke perut. Akhirnya ke usus kecil dan lepas tu ke usus besar. Apa juga yang kita makan dan minum hanya akan melalui sistem penghadaman. Ia takkan buat transit atau singgah di mana-mana sistem lain macam pembiakan. Secara anatominya, mustahil. Bayi duduknya dalam rahim atau uterus. Yang membuncit yang kalian nampak tu namanya abdomen. Yang misi dan doktor dok pegang tu, abdomen. Bukan perut. Perut duduknya dalam ruang abdomen. Bayi dan makanan atau minuman tak berkongsi kawasan yang sama. Perut tu sangat berasid dan penuh segala enzim pencernaan, mana boleh janin membesar dalam keadaan begitu. Itulah gunanya belajar sains masa sekolah dulu. Supaya kita tak terpengaruh dengan mitos dari mak, nenek dan makcik kita yang ilmu sainsnya sangat terhad dek kekangan peluang nak menuntut ilmu. Tapi itulah, ramai betul yang ke sekolah, tapi masih nak dibelenggu dengan sembang mak, makcik dan nenek dia, atas alasan mereka lebih banyak pengalaman. Pengalaman hidup tak boleh disamakan dengan ilmu sains yang sentiasa berkembang tanpa henti. Minum minyak kelapa dara atau apa juga jenis minyak termasuklah minyak zaitun, takkan memudahkan proses bersalin. Tak. Dan sekali lagi saya ulang, tidak. Kerana apa? Sama dengan hujah saya sebelum ni. Mudah kan. Minyak tetap terurai bila dah masuk ke sistem digestif. Ia diuraikan bermula di mulut lagi tapi majoritinya di usus besar oleh enzim-enzim tertentu dengan bantuan dari pankreas, hati dan pundi hempedu. Menjadi molekul ringkas, fatty acid dan monoglyceride, untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah. Tak masuk dek akal bila minum minyak kelapa dara seakan menjadi pelincir untuk bayi meluncur keluar melalui faraj. Sungguhlah mitosnya. Setiap hari, salah satu kerja saya ialah melakukan pemeriksaan antenatal dan seterusnya merawat mereka yang mempunyai masalah sepanjang kehamilan dengan bantuan pakar, misi, pegawai farmasi dan dietitian. Memang semua mak mahukan kelahiran yang mudah. Kalau boleh, berdehem pun dah boleh bersalin. Tapi secara realistiknya, mak sekalian kenalah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sebab tu dah kerja Tuhan kan. Tapi taklah bermakna kita kena tunggu dan lihat. Serah sepenuhnya kepada takdir. Tu namanya dangkal. Kita kena berusahalah bersungguh-sungguh dalam mengurangkan risiko komplikasi ketika proses bersalin. Macam mana? Dr. Imelda Balchin dah pernah menulis panjang tentang ni. Siapa yang menjatuhkan hukum kepada mak-mak yang melalui proses bersalin yang sukar, kononnya mereka tu banyak dosa atau sebagai balasan Tuhan, tolonglah. Siapa kita nak kutip dan kira dosa pahala manusia lain. Ujian kita semua lain-lain. Jangamlah perasan diri tu maksum sangat. Mulut yang begitu, dapat kat saya, memang dapat tazkirah dari saya. Tolonglah hentikan segala mitos karut ni. Dah tak sanggup saya. Tahun 2020, tapi mak-mak muda ni masih seperti di zaman sebelum merdeka.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

👍🏻👍🏻