tumpang bertanya dengan ibu ibu yang dah berpengalaman . saya berpantang di rumah ibu saya sendiri , suami dan keluarga belah suami langsung tak faham cara berpantang keluarga disebelah saya . kalau rindu asyik saya yang diminta untuk pergi tunjuk baby . selama dalam tempoh berpantang takde pulak diorang nak datang jenguk saya ataupun jenguk baby . dengan keluarga diorang semua jadi boleh , minum air ais pun jadi boleh . stress juga rasanya , disebelah keluarga saya memang kuat adat berpantangnya , keluar rumah pun untuk ke klinik sahaja sehingga cukup 44 hari berpantang . keluarga pihak suami keluar malam pun tak jadi masalah , katanya pasang saja surah al baqarah . ada yang boleh sharekan pendapat tak ? 😔
FatinNatasha