Semua serba tak kena susah la

Tiap kali balik rumah nenek suami mesti mil saya ni ada je nak mengata pasal kerja saya Saya kerja cikgu Banyak la mengata macam-macam Kata cikgu sekarang tak mengajar macam dulu sebab tu budak tak pandai la Tak peduli kat budak la itu la ini la Saya sebagai cikgu ni rasa macam..... entah la Saya iyakan sahaja sebab apa guna balas balik Dah dia nak pandang cikgu yang teruk, teruk lah yang dia dapat tengok Dia tak tengok yang tusyen siang malam berhabis duit sekian sekian nak mengajar anak orang Saya berusaha memastikan saya mengajar betul-betul dan saya buat tu sambil urus cucu dia tau 😭 barai setiap hari 😭 Sedap kata macam-macam pasal kerja menantu dia Dia sedar tak kalau tak kerana menantu kerja cikgu ni anak dia tak merasa la duk rumah banglo 🥱 Geram lahhhai mulut dia ni tak habis-habis Sebelum ni mengata jugak Dia kata "oo cikgu ni bergaul ngan cikgu je..mana la bergaul ngan orang macam kita" kuat kuat Allah... serba tak kena.. Berbual dengan fellow teachers pun satu masalah ke? Dah habis pasal kerja saya dia petik anak saya pulak Anak saya baby lagi baru masuk 8 bulan Badan dia gemuk berisi Mil saya sibuk suruh tukar susu nak suruh bagi kurus baru cepat jalan Apabenda lah Saya kata baby banyak menyusu badan Susu tepung 1-2 botol je bukannya full fm Hah terdiam Anak saya capai hampir semua milestone dia dan dia normal sahaja tak perlu nak bagi cepat jalan pun 🥱 Semua tak kena lemas lah Bukannya saya dera anak Elok je anak membesar dan mokmok dengan makanan harian dan susu Baby pun aktif je Suami saya pun tak terkata apa ye la takkan nak menjawab mulut mak dia kan Menantu dia ni pun malas nak layan mulut macam tu Sekian luahan Luah kat suami kang dia cop kita nak melawan mak kesayangan dia pulak

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan