Baru kawin tapi terus pregnant

Tarikh last period: 8/2 kawin:16/2... Skrg dh 16 weeks... Biasa org lain xpercaya but saya family sendri xpercya😌...Diorang igt saya pregnant sebelom kawin...penat nk jelaskn,kdg2 jdi nk nangis sbb family sendri xpercaya... Ade yg pernah dpt situasi cmnie takk?? Camne bleh preg sebelom kawin sbb xbuat ape2 pom..bila kena tuduhan cmtu Allah sakit rasa nye... Bila ckp kat suami,suami just gelak sbb dtg mna nye preg sebelom kawin xde buat hubungan ape2 pom...

37 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya faham betapa sukar dan mencabarnya situasi yang anda sedang alami. Memahami bahawa keluarga anda tidak percaya dan menuduh anda sebelum kawin tentu boleh membuatkan anda berasa terluka dan tertekan. Pertama sekali, sangat penting untuk anda menyokong diri sendiri dan percaya pada diri sendiri. Anda tidak sendirian dalam situasi ini, banyak wanita telah mengalami perkara serupa. Ada beberapa perkara yang mungkin berlaku dalam situasi seperti ini. Salah satunya adalah ovulasi yang berlaku berdekatan dengan tarikh kawin anda. Sperma boleh hidup dalam rahim sehingga beberapa hari, jadi walaupun tiada hubungan seksual langsung pada hari kawin, kehamilan masih boleh berlaku. Selain itu, ada juga situasi di mana haid tidak konsisten dan ovulasi berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan. Bagaimanapun, yang terpenting adalah untuk membina sokongan, terutamanya dari suami anda. Mungkin dia tidak mengambil serius perkara ini kerana ia begitu jauh dari perkara yang dia alami. Jadi, memberitahu dia dengan lembut tentang perasaan anda dan membincangkan bagaimana anda berdua boleh menghadapi keadaan ini bersama-sama adalah penting. Sokongan suami adalah kunci dalam menghadapi cabaran ini. Di samping itu, bercakap secara terus terang dengan keluarga anda dan memberikan penjelasan yang jelas mungkin membantu mereka memahami situasi anda. Mungkin mereka hanya perlu masa untuk menerima hakikat bahawa kehamilan anda adalah hasil daripada perkara yang tidak dirancang. Saya harap anda dapat menemui sokongan dan pemahaman dalam keluarga anda serta mendapat ketenangan dalam menghadapi cabaran ini. Jangan ragu untuk mencari bantuan daripada pakar kesihatan mental jika anda merasa tertekan atau kesulitan dalam menghadapi situasi ini. Anda tidak sendirian, dan anda mampu menghadapinya. Voucher RM30 off 👉🏻 https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

sbb tu skrg penting nya ada ilmu psl ni.. kebykkan org ramai x tau ilmu ni.. tu yg tuduh mcm2.. sy pun bunting pelamin mcm awk sis.. masa nikah period hari ke 3.. pg honeymoon betul2 dah habis period.. smggu lepastu masuk keje dah mula x larat.. kwn2 tmpt keje ckp bunting pelamin tp sy yg x prcya.. sbb x kn la secepat itu.. cek2 mmg betul lekat.. masa tu mmg ade jgk yg ckp brsama sblum nikah la itu la ini la.. awk kena tnjuk dorg video kiraan hamil tu.. x pun bwk dorg pg jumpa doktor sekali biar doktor terangkn.. jaga diri dan kandungan awk.. cuba2 la pekak kn telinga apa dorg nk ckp.. yg penting sokongan dr suami.. sbb dia org yg paling dkt dgn kita.. suami kita percya Kita tu pun dah kira ckup..

Đọc thêm

jangan risau sis, saya pun cam sis. last period 21/02 bernikah 20/03 biasanya tarikh period saya mmg tetap 21 haribulan bila tengok dah lambat cam tu saya ingatkan maybe terlajak sikit ke apa. last² pregnant. lagipun family kalau tuduh tu, jangan dilayan lah sis. mak saya pun terkejut gak tau² saya dah pregnant. sekarang ni sis jaga kesihatan ngan mental, abaikan mulut orang. hanya Allah je tau perancangan hidup hamba dia 🫶🏻

Đọc thêm

Nnti sis up video dr mana2 Dr tentang kiraan pregnant..ramai yg xde ilmu ttg kiraan pregnant ni..jd kena sekolahkn dorang..tnjuk video dlm story/status biar dorang tgk bg celik mata sikit jgn buta sgt..lpstu dorang nk percaya or x terpulang..jgn stress, jaga je kndgn mcm biasa..

Kesiannya awak. Macam ni lah, awak share je video dari doktor kat whatsapp group family. Ada kan kat tiktok,klinik/doktor buat video psl bunting pelamin. takpun, kalau ada saudara atau kawan doktor, ajak diorang jumpa family, minta diorang share pasal bunting pelamin. takpun, kalau saya lah kan, saya pergi je klinik swasta, bawa family sekali 😅 sakitt ooo kena tuduh family sendiri

Đọc thêm

Kita sama sis . Bunting pelamin tu. Ramai je x tahu yg tu. Sy pun baru nikah 28/7 tahun lepas tarikh first day last period 19/7. Bulan 4 tahun ni dah ada anak sorg. Mcm xpercaya nikah xsmpai setahun anak dah sorg. Abaikan je apa org nak ckp . Ada je org terkejut sy dah ada anak sedangkan baru je tahun lepas kawin. Yg penting suami percaya dan support kite. Sabar ye sis .

Đọc thêm

Kesiannya sis. Kalau sy,sy abaikan je family. Sy tak perlukan kepercayaan family dalam urusan hidup sy. Paling penting kita tahu apa yg benar. Sis cakap je dgn famly sis taknak percaya sudah. DAN, JANGAN FITNAH YA. Cakap mcm tu. Maaf,kdg2 kita terpaksa bertegas. Lepasni jgn fikir fasal famly. Fikir fasal anak dan suami je. 😇

Đọc thêm
Thành viên VIP

laaaaa kesian sis... ade je org baru kawin terus preggy.. org dlu dlu kata bunting pelamin. hmmmm sesiapa yg menfitnah sis tu kan..abaikan je..buang masa and tenaga sis ..Allah tau ckup..sis hanya perlu focus pada sis and baby sis sahaja.. Org lain tu biarkan mereke .. sis anggap fitnah diorang tu pahala utk sis.... ❤️ dah jgn bersedih and stress ya sis.

Đọc thêm
Influencer của TAP

lol kita kira pregnancy dari first day last period, bukan dari hari kita bersama suami. sebabnya kita tak boleh nak tahu hubungan yg bila yg berjaya tu. maksudnya first 2 weeks pregnancy tu kita tak pregnant pun lagi. kalau period jenis irregular lagi lah kadang first 3-4w tu belum pregnant pun. tabah lah ya sis. yg penting suami percaya & support sis.

Đọc thêm

Minggu awak kahwin tu dah memang waktu subur awak. So memang cepat lekat lah. Share lah pengetahuan tentang kiraan pregnant, memang masih ada yang taktahu & tak nak pun ambik tahu tentang ilmu ni. Mostly yg banyak bunyi ni orang sombong bodoh yg tak boleh diajar. Sabar ya. Semoga sihat awak & baby 🤲🏼.

Đọc thêm