🥛 Tanya Pakar: Susu Kambing untuk Kanak-kanak – Betul Ke Lebih Mudah Dihadam?

Pernah terfikir sama ada susu kambing sesuai untuk anak kecil anda? Tertanya-tanya apa sebenarnya protein A2 atau sama ada ia lebih lembut untuk perut si kecil? 🍼 Jom sertai Dr. Husna Musa, Pakar Pediatrik, yang akan menjawab soalan anda dalam sesi siaran langsung. 💬 Hantar soalan anda di aplikasi kami dari 11–16 Mac 2026 📅 Sesi jawab secara secara langsung: 16 Mac, jam 12 tengah hari 👉 Hantar soalan anda sekarang dan dapatkan pandangan terus daripada pakar pediatrik! #AskTheExpert #PemakananKanakKanak #SusuKambingUntukKanakKanak #TipKeibubapaan #KanakKanakSihat

🥛 Tanya Pakar: Susu Kambing untuk Kanak-kanak – Betul Ke Lebih Mudah Dihadam?
38 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Salam Dr, Dari segi nutrisi macam kalsium, zat besi dan vitamin, cukup tak kalau anak 2 tahun minum susu kambing? Anak alahan dengan susu lembu. Terima kasih.

5mo trước

Terdapat kereaktifan silang (cross-reactitvity) yang tinggi antara susu lembu dan susu kambing, dengan lebih 90% kanak-kanak alah kepada susu lembu juga bertindak balas terhadap susu kambing. Jadi, berbincanglah dengan doktor anak anda, ada terdapat susu formula yang boleh disarankan untuk anak yang alahan susu.

Dr. Husna, apa beza utama antara susu kambing dan susu lembu untuk kanak-kanak? Adakah susu kambing benar-benar lebih mudah dihadam oleh kanak-kanak?

5mo trước

Secara amya, kalori dan kandungan nutrisi adalah lebih kurang sama, tetapi susu kambing mengandungi lebih sedikit lemak dan protein. Gumpalan lemak yang lebih kecil dan protein yang lebih lembut menjadikan ia lebih mudah dihadam.

Jika anak selalu kembung atau tidak selesa selepas minum susu lembu, adakah susu kambing boleh menjadi alternatif yang lebih sesuai?

5mo trước

Terdapat banyak sebab kenapa anak kembung atau tidak selesa, maka sebelum menukar susu lebih baik berbincang dgn doktor anak anda. Susu bebas laktos juga boleh dipertimbangkan.

Jika ibu bapa ingin menukar daripada susu lembu kepada susu kambing, apakah cara terbaik untuk membuat peralihan tersebut?

5mo trước

Peralihan terbaik ialah secara beransur-ansur, sambil memantau toleransi anak dan memastikan susu yang dipilih adalah selamat dan diperkaya nutrien

Adakah susu kambing boleh membantu mengurangkan masalah seperti kembung perut atau ketidakselesaan selepas minum susu?

5mo trước

Terdapat banyak sebab kenapa anak kembung atau tidak selesa, maka sebelum menukar susu lebih baik berbincang dgn doktor anak anda.

Apakah peranan protein A2 dalam susu kambing dan bagaimana ia memberi manfaat kepada sistem pencernaan kanak-kanak?

5mo trước

Struktur protein A2 membolehkan pemecahan yang lebih mudah semasa proses pencernaan, utk sesetengah anak-anak, mungkin proses penghadaman lebih selesa

Dr., sebagai pakar pediatrik, dalam situasi apa biasanya doktor akan mengesyorkan susu kambing untuk kanak-kanak?

5mo trước

Tidak menjadi rutin untuk saya mengesyorkan susu kambing kepada kanak-kanak.

Jika anak seorang picky eater, bolehkah susu kambing membantu memenuhi keperluan nutrisi harian mereka?

Hai doc.. nak tanya, bila ibu bapa boleh memperkenalkan susu kambing kepada anak untuk kali pertama?

Is goat milk considered healthier than cow’s milk for children, or does it depend on the child’s needs?

5mo trước

It is not healthier, it can be a good option if your child likes it and tolerates it well, but it is not a miracle milk. A varied diet is still the most important factor for growth and development hence, it needs to be introduced as part of a balanced diet.