Syukur alhamdulillah ya Allah yaa Rabb . Nak nangis pun Ada. 😭 sebelum ni nampak baby membesar sampai 8 week je & takde heartbeat then terpaksa kene cuci. Dah 2 kali bende sama terjadi. Ni kandungan iiya yg ketiga. Memang mual muntah teruk sampai kene tahan ward hari tu. Tp bila tengok dia membesar sihat sesuai usia & size dia , siap dah ada heartbeat dah legaaa sangat. Tak tahu nak cakap. Lepas ni memang tak akan mengeluh walau muntah teruk macam mana. Janji baby mommy membesar dengan sihat. Mommy hari* doa untuk perkembangan awak dalam perut mommy tau sayang, mommy nak sangat jadi ibu untuk awak . Nak lahir kan awak dengan sihat selamat tak kurang satu apapun. Nak besarkan awak sebagai buah hati mommy & daddy. ❤️
Ibu* semua doakan iiya & baby sehat selalu ye... iiya pun doakan semua ibu yg tengah mengandung allah bagi kesehatan & keselamatan ibu & baby. Juga kepada semua yg belum allah bagi rezeki untuk mengandung semoga allah bagi kesempatan untuk korang dpt merasai anugerah zuriat / baby yg sihat. Amiin..
Amiruliiya