Apa kebenda suami tu? Maaf ye, ayat kasar, yg isterinya hamil ni benih siapa pula? Banyak cantik nak cakap mati mcm tu? It's ok puan, tarik nafas dalam-dalam. Kang saya tanya banyak-banyak, dah pula macam peguam kang. Apa yg boleh saya tenangkan puan, puan pujuk hati; " its ok mati masa bersalin, mudahan Allah kurniakan syahid utk saya". Dalam masa sama, puan teruskan buat baik, doakan mudahan anak-anak dididik menjadi anak soleh yg sentiasa mendoakan kedua ibu bapa, jika ada hutang dgn Allah (qada puasa, qada solat, zakat, haji, nazar,) dan hutang dgn manusia/ institusi, usaha selesaikan dan tinggalkan amanah utk diselesaikan bila berlaku kematian. ayat suami tu, dah, buangkan sahaja dlm laut dalam. buang masa je fikir ayat bodoh lelaki tu.