10 Các câu trả lời
Suami sy Curang, keluar dgn perempuan lain seminggu lepas ayh sy meninggal. Dlm keadaan sy tgh fragile sgt2, sbb sy paling rapat dgn ayah.. Timeline suami dgn prmpuan tu, mmg dlm masa yg sama sy berulang balik kg sbb ayh warded & nazak. Takde setitik air mate pon bile sy tau, takde sikit sedih pon bile sy confront dgn suami psl hal ni. Sebab sy mmg dah tutup hati terus, sbb sy tau bahagia tu bukan ade dgn dia je. takde sorang pon dr kluarga sy tau hal ni smpai la skarang, cuma family mertua sahja yg tau.. Suami mntk maaf, berjanji nak berubah.. Sy bagi peluang, sbb sy taknak sakit kn hati mak mertua sy. Sebab mak mertua sy xde salah ape pon, but die salah2kn diri sendiri sbb tak betul didik suami sy. Dan sy mmg rapat dgn mak mertua. Mula2 mmg susah, masa suami tidur tu. Sy rase mcm nk picit2 je, sbb sy bukan jenis yg vocal. Sy tak marah2. Sy jenis protest dlm diam. Sy lost dlm 8kg dlm 3bulan, sy tiba2 happy, tiba2 nangis xde sebab. Sudahnye sy balik kpda Perkara paling utama.. Tak kisah apa kepercayaan kita, balik kepada yg asal..sy doa bnyak2, sy percaya Dan terima dgn segala yg Allah dh tetapkan, sy cuba bersangka baik utk segala dugaan. Sebelum tdo, sy akn salam & mintak maaf dkt suami, Dan sy akn ckp yg sy dh maafkn suami.. Sy letak tgn dkt dada, Dan ckp dkt diri sendiri.. Yg sy dah maafkn diri sy, dan sy nak yg terbaik je utk semua org. Bangun je tido, sambil siap2 nk g keje. Sy tengok cermin, Dan sy akn ckp.. Harini hari yg baru, semalam tu cerita semalam.. Sy ulang benda ni bertahun smpai sakit tu hilang.. Smpai perasaan syg tu dtg balik. Bila teringat, sy cepat2 istighfar dn ingtkn diri sendiri. Dah sejauh ni suami berubah, kenapa nk kne ingt benda2 yg lepas. Alhamdulillah, sekarang sy pregnant ank pertama lepas 7tahun ttc😊 natural pregnancy, precious baby bak ckp dktor..tp bg sy, ni hikmah Dan ni manis nye yg Allah nk bagi dkt sy.. Sbb sy nak, sbb sy mampu nak bersangka baik dgn aturan Allah.
Sis, dok kembali berbincang dgn husben, ada kekurangan yg blh dibina kembali punca meregangkan hubungan berdua. Sis, perasaan perumpuan adalah lain dr lelaki is natural, Perumpuan sukar utk berkongsi dan lelaki pula benda itu xde pe..tp wujud juga ada lelaki yg sgt setia dan ada perumpuan yg sgt setia. Berdoa byk dan bersabar atas ujian. Syaitan sentiasa wujudkan kesangsian dan cuba meregangkan hubungan suami isteri sentiasa dgn membuat pikiran teringat pada situasi lama supaya sis x blh mara ke hadapan utk mencurah kasih pada suami itu biasa. Sis perlu byk berdoa dan bersabar dok berbincang dgn husben dan utamakan masa hadapan anak anak kebahagian bersama. Jgn pikir yg lama. Siapa x buat salah, jika benar sis dan ampunkan jd tak guna pikir benda lampau. Setelah kahwin ni cuba elakkan talak. Elakkan bergado..focus utk kebahagian akhirat dgn kesabaran. Harap semoga sis dipermudahkan ujian nie, mmg sukar dan menyakiti, tabahlah menghadapi ujian dgn penuh kerelaan dan divert ur mind to positif mgkn akan meredakan kemarahan sis terhadap si suami. Para lelaki jgn sakiti para perumpuan, segala semua allah tonton 24 jam.
saya pernah mengalaminya. memang susah nak lupakan. akan ambil masa. tapi perubahan yg suami tunjukkan tu buat saya sedikit demi sedikit melupakan apa yg dia pernah buat dulu. saya ikhlas memaafkan dan menerima suami apa adanya. Alhamdulillah,sekarang usia perkahwinan kami dah 9 tahun.. tapi sungguh,walaupun dulu mula² susah nak lupakan,bila saya teringat apa yg suami buat,saya cuba untuk bersabar dan istighfar. saya ingat balik kebaikan² yg dia pernah buat. selalu mengadu pada Allah,mintak Allah berkian ketenangan hati dan fikiran. kalau saya rasa nak menangis,saya akan menangis sepuasnya. lepas tu hati pun rasa lapang je. dalam rumahtangga,ada bermacam ujian yg akan Allah berikan. semoga kita sama² kuat melaluinya. mintak Allah jagakan hati kita dan hati pasangan kita. kita tak mampu nak jaga sendiri,hanya Allah yg mampu menjaganya. sentiasa doa yg baik. cuba move on. kita pun ada kesalahannya juga. kekurangan yg mungkin suami pun tak nak cakap. kita muhasabah diri. semua yg berlaku dalam hidup kita bukan saja²,semuanya ada hikmah yang tersembunyi. carilah..awak akan temuinya 🥰
sorry to say…tp ni mgkin lbih pd rase dikhianati.skali suami curang maafkn mgkin mudah,tp lupakan mgkin xkan boleh lupe.curang bkn mlibatkn isu kesilapan,mntak maaf,dan dimaafkn je.tp ni perbuatan yg byk mlibatkn soal hati.syak wasangka,kepercayaan,keyakinan,semua.pinggang klo dh pecah gam blik pon ttp xkn sama kejadiannya.bab curang rase cinta pon kalah.dan xkn mgkin akn lupe.kite akn sntiasa mengungkit.caranya 1 je, redha & ikhlas ats ujian Allah.semua xkn jd tnpa izin Allah tmasuk la suami kite curang.jgn pk suami kite curang,fkir Allah bg ujian dlm rmhtgga klo btol sis masih nk bsama dgn suami even demi ank2.Allah yg cuit hati suami sis tuk curang,semua xkn blaku tnpa izin DIA.In Shaa Allah pilih sis sbb sis hamba yg DiA syg.tp jujur sy ckp,sy blum tntu boleh SABAR & IKHLAS.hrp sis bkn mcm sy.
Sy ada follow program ehati. Dia ajar kita cara berdamai dengan masa lalu. Salah satu nya, bila mana you tertrigger dengan kisah silam suami cepat2 buat teknik breathing. Ada cara teknik dia. At the same time, awak boleh je luah dekat suami bgtau, apa yang awak tak suka yang suami buat (listkan).. boleh thru whatsapp atau verbal. Dan bgtau suami apa awak suka yg suami awak buat. Pelan2 awak boleh heal & get back your life dear. Smua orang ada silap & kita cuba baiki yang mana yang boleh ♥️ lot's of love, tanak stress2 dear utk this pregnancy 😘
haa betullah tu, patutnya klau dah maafkan, bolehla move on. u tiap kali teringat 1 salah husb, cari balik 1000 kebaikan yg dy dah buat dr awal kawen. tiap kali tringat salah dy, ckp kat dri sndiri yg husb tu dah betul berubah,.. dan igt, klau u layankan sgt ego u yg still nk igt psal salah dy, still nk ungkit, still nk cari silap lalu dy, x mustahil lama2 dy dah bosan and akan buat prangai dy balik. dy dah berubah tu sudah, maafkan dan move on. pkir panjang sikit demi anak, ego tu tolak tepi dan jgn jd mcm amber heard.
kalau mommy dh setuju nak maafkan husband, mkna nya mommy dah setuju utk lupakan segala silap die sblm ni. tpi now mommy x boleh nak lupa kan silap die, bermaksud mommy x maafkan die. kalau mommy rase xboleh nk maafkan, mommy boleh rujuk dgn pejabat agama. tau mommy sakit hati, rasa dikhianati, tapi mommy masih isteri nya husband. mommy maki dia, mommy tetap berdosa. jadi nasihat sye, mommy boleh pegi pejabat agama, mintak pandangan dri dorg.
Kita perlu bahagia untuk diri sendiri..kena tukar mindset..kalau kita tak bahagia maknanya kita x redha dan x ikhlas..akibatnya akan mengungkit dan mengulangi perkara yang sama. Sebaliknya, suami mengakui kesalahan dan cuba untuk baik, perlukan doa isteri yang baik. Berfikir yang baik2, bercakap yg baik2, inshaallah yang datang adalah yg baik2.
Melupakan kesilapan mmg susah, tp sis kena abaikan perasaan tu bila igt benda mcm tu blk, take a deep breath, keep praying for your healing
Saya cadangkan sis jumpa pegawai di pejabat agama sis yg bertauliah supaya sis dpt menjalani kehidupan dgn lebih baik.
Thahira bt Mohamed Ali