Sy skrg pregnant 15w+, masih alahan lg. Berat turun 3kg setakat ni. Tak lalu makan dan asyik muntah tak kira masa. Kalau sy paksa makan, mmg akan muntah balik. Kalau sy makan yg sy craving, tak muntah pulak. Sy rasa biasalah kan alahan ni, sbb awal lagi. Walaupun sy penat, lembik asyik muntah, sy selalu fikir positif demi baby.
Tp skrg ni sy rasa sangat down & sedih, sbb ramai cakap kat sy 'asyik muntah, tak makan, nanti baby kecik, takdak zat.' Banyak kali sy dgr org cakap mcm tu kat sy, mak mertua pun cakap mcm tu. Rasa loser sangat bila dgr kata2 mcm tu, mcm sy ni bukan ibu yg baik, tak mampu nak bg baby dalam ni makanan berkhasiat. Sy selalu fikir positif, tp bila sy dgr kata2 mcm ni, sy jd down sangat sampai menangis teruk tiap2 malam 😔