1 Các câu trả lời

VIP Member

Hi, saya sendiri pernah alami depression dulu sebelum kawin. Tapi Alhamdulillah suami banyak support. Macam awak, awak patutnya perlukan sokongan suami yang tinggi. Dari cara awak cerita pasal suami awak, saya assumed yang dia selfish & cuma fikir pasal diri dia. That’s not how it work in marriage. Sebagai seorang yang ada depression, saya nak warning awak. Nanti bila baby lahir, kemungkinan besar awak akan meroyan. Sebab saya pon lalui. Saya tak boleh pegang baby, bila baby nangis saya rasa nak bunuh. Suami yang handle baby sampai dia 3 bulan, baru mental health saya beransur pulih. Apa yang saya cuba sampaikan, bila baby keluar lagilah awak perlukan bantuan orang. Awak ada family sendiri? Kalau boleh, nanti berpantanglah dengan family awak. Saya takut awak tak boleh kawal emosi selepas bersalin. Orang macam kita memang tak boleh tinggal sendiri dengan baby, kena orang lain ada, takut kita bertindak luar kawalan. Lepas pantang nanti, ajaklah suami pergi counseling. Ataupun time pregnant ni boleh jugak pergi counseling. Biar otak dia dibasuh sikit dengan counselor tu. Tak boleh lah buat isteri macam tu. Isteri bawak anak dia, dia langsung tak fikir. Sebagai suami isteri, patutnya kena saling memahami satu sama lain. Lagi2 awak tengah pregnant

Sy ada pengalaman meroyan lepas bersalin. Sy pernah tekup mulut dia sebab dia tak berhenti menangis. Pernah jatuhkan dia atas katil tapi nasib baik rendah je paras dia jatuh dgn katil tu. Pernah tolak tak nak menyusukan dia dan biar dia menangis. Tapi bila tersedar semua tu, terus sy mengucap panjang sebab dah aniaya anak tanpa sedar. Husband sy banyak bagi moral support daripada sy bersalin sampai anak sy lepas operation banyak kali.

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan