Sy lewat 4 hari period. Jadi pagi Selasa, sy buat upt test. Tiba2 ada dua garisan. 1 jelas, 1 lagi sedikit samar. Tapi 2 line. Pada hari yg sama, sy sgt sibuk dgn trip and business schedule.
Malamnya, ada tompokan darah sedikit berwarna coklat pada panty liner.
Esoknya, keluar darah macam period.
Jadi sy menjadi runsing. Adakah sy tidak pregnant atau mmg pregnant? Sy check upt, negatif.
Jadi sy malas layankan fikiran, sy proceed dgn schedule dan terus fokus bekerja saja.
Saya anggap belum rezeki.
Mungkin period betul, kalau tidak mesti upt positif.
Tapi period cuma 1 hari setengah begitu.
That’s it. Period pada hari Rabu & Khamis siang shj.
Tak banyak macam kebiasaan.
Biasanya kalau period paling cepat habis pun 4-5 hari.
Ini tidak. Pelik betul saya.
Saya jadi keliru dan taktahu sama ada nak check upt lagi atau macam mana.
Sedih sbb takut bagi harapan lagi kpd suami.
Kenapa sekejap positif sekejap negatif?
Adakah sy tidak mengandung, atau sy mengandung sebenarnya…?
What is going on I’m so confused.
Apa patut saya lakukan ya?
Terima kasih.