Dalam kerisauan
Sy dh 5bulan .. knp perut sy sama jer kdg org tny.. betul ke mengandung??knp perut mcm jugak.. xbesar pun.. kdg buat sy stress.. siapa ada masalah mcm sy . Ye..
Kira okay la awak. Perut awak kecik. Tak nampak mcm pregnant. Saya macam tu juga masa anak sulung. Sekarang ni pregnant anak kedua baru 7 bulan. Semua org ckp bila na bersalin. Nampak dah sarat. Perut dah jatuh la. Pdahal tahun depan baru due. Sbb perut besor benor 😅😅😅
tak payah fikir apa orang nak cakap , perut besar atau kecik orang akan sentiasa mengata sis .. saya dulu anak first orang cakap besar perut ada gdm lah anak kembar lah macam2 lagi kena .. so kena abaikan ajer apa yang orang cakap yang penting baby dan ibu sihat2 saja ♥️
jangan risau sis . saya pun sama, pregnant dah 6 bulan lebih, perut tak brp nampak . biasa dah masuk trimester 3 tu baru nampak besar . bagi saya, tak kisah pun orang cakap apa . asalkan baby dalam perut membesar selari dengan minggu, bagi saya takda masalah . 🙂
Hi, benda remeh macam ni tak perlu fikir. Awak yang stress. Stress tak elok untuk awak dan baby. Pandangan orang lain tak payah ambil kisah. Yang penting awak dan baby sihat. Size perut tak penting pun sebab badan kita semua tak sama. Just enjoy your pregnancy 🌹
sya ramai org ckp alahai perut kecil ja..xnmpk..msa g scan bru2 ni doktor ckp bby membesar dgn sihat.ikutkan mulut org mmg la kita stress ibu² sbb kta negetif.abaikan aura negetif.kita yg usung perut kita tau jga diri jga permakanan btul tk.
Apa nk stress.. cukup masa dia keluar tnjuk la kat org yg ckp btol ke idokk 😁 xkan la benda2 kecik cmni nk stress.. bykk lg mslh lain yg akan buat kita stress nanti.. benda2 cmni xyah dilayan la sis
Relax je... Saya da 7 bulan baru orang perasan Saya pregnant & ada yang perasan beberapa hari sebelum Saya bersalin. Tak nampak pun perut tu lagipun baby bump tu aurat kan. Yang penting baby sihat ye
takpa chill sis . atleast baju semua muat lagi . tak stress nak cari baju lain . saya lain pula baru 3m dah mcm 5m . baju semua dah tak muat . baby bump dah besar mcm twin pula sdg kan single baby je
Saya 6 bulan pon perut mcam boroi ja tk nmapk preggy , masuk 7 bulan lebih bru nmpak perut , tu normal as long awak g checkup dr ckp semua ok awk tk perlu risau , abaikan je mulut org yg tnya2 tu
haha.. sy pulak terlalu besar, habis stretch marks naik.. kdg tu kita kena lebih bersyukur dengan diri kita, jangan kesah apa orang cakap sis.. biasa 6 bulan ke 7 bulan mmg cepat besar perut tu..