sekadar luahan

Sy dan suami baru je berkahwin masa bulan 9. Sy jenis yg memang suka pegang fon suami memandangkan dia guna android & sy guna ip , lebih senang sy pinjam fon dia untuk install game 😂. 2 malam lalu sy nak pinjam fon dia utk main game , sy terperasan apps ‘twitter x’ baru ja dia install kan fon dia. So sy terkejut sbb sy tau mostly org tgk apa kat twitter kalau bukan video biru. Jadi sy direct tanya kat suami lah yg platform ‘x’ ni utk awk tgk video biru ke? dia langsung rampas & tanya sy yg mana then dia uninstall pastu bagi balik kat sy. sy trs rasa lain , dia plak senyum”. kami mmg jenis yg kuat brmain & sy cukup faham prgai dia. sy paksa dia utk ckp dan last” dia mengaku yg dia tgk video biru kat sana 😔 sy mula rasa lain kat situ trus sy kluar dari bilik utk tenangkan hati. Bila sy masuk bilik suami tertidur kat katil yelah baru balik dan penat kerja. Sy tak habis fikir apa yg dia tgk kat sana so sy install twitter x tu balik & login guna email dia. Start sana sy terkejut byk post” lucah kat newsfeed dia. Mata sy terus direct kat chat tu, ada 2 chat dia dgn org indo sekitar umur 40an. Dia kata dia berminat nak vcs dgn prpuan tu & puji yg dia suka sbb dia sexy .???? hmm. Sy mengigil pastu sy korek lagi acc dia tu. Di bahagian profile dia ada post” yg dia reply , gitulah jgk pompuan indo 40an post gmbr pakai baju dalam nampak asetnya yg besar tu. Suami sy reply no fon dia kat sana. Sy tak tahan langsung bangunkan suami dari tidur trus sy baling kat dia tanya semua tu. Oh ya , chat tu masa bulan 7 & reply komen masa bulan 5 , waktu tu kami masih bercinta lagi. Suami sy ni jenis kalau bukan dia yg buat dia cakap. Dia cakap yg chat tu bukan dia tapi yg reply komen tu mmg dia yg buat. Jadi sy nangis jelah kat situ lemas terus tak tau lah nak cakap apa. Marah pun tak tapi lebih kepada kecewa ja. Sy percayakan dia selama ni yg dia bukan org yg suka benda” begitu tapi skrg sy nampak itupun yg dah kahwin dah. Sedih sy tak mood dah nak bermain ka nak apa dgn suami. Kecewa sy sampai sy fikir mungkin skrg pun tak mustahil dia akn buat senyap” benda bgitu kat sy nanti. Sy insecure badan sy pun jauh beza dgn ppuan” yg dia suka tu. Badan sy ni kecik , aset pun tak besar , lutut siku apa semua lipatan pun gelap. Sy putuskan skrg utk layan suami makan minum baik” je. Sy rasa nak stop dah layan dia kat katil sampai rasa kecewa sy tu hilang balik atau sy nak cantikkan diri dulu. Adakah kputusan sy ni btul atau salah ? Atau ptut ka sy maafkan dia bgitu sja ? 😔

35 Các câu trả lời

Kesian tt..hurm tak faham juga dgn suami yg x menghargai isteri yg tgh mengandung anak dia.nafsu sex tu bukannya segalanya.apapun, tt kena berterus terang apa yg tbuki dlm hati biar tak stress semasa mengandung.dan jgn lupa, yg plg utama skrg adalah anak dlm kandungan..

Hmm tahlah. Tepuk dada tanya selera. Awak kena tanya diri awak sendiri macam mana. Kmi bukan di dalam situasi awak. Awak je yg tau baik buruk suami awak. Adakah awak ikhlas nak maaf kan dia? Adakah awak boleh percayakan suami awak lagi? Hanya awak je yang tau.

kalau saya di tempat sis, maybe saya campak fon dia smpai pecah yg xboleh nak guna.. pastu ckp kt laki tu boleh pergi mampos dgn kau punya apps bodoh tu

puas hati saya bce komen sis 👍

kalau puan kuat blh maafkan,teruskan, tu ladang pahala puan.. tp kalau takleh, puan kena fikir sendiri. btw, boleh tau tak, kan husband layan benda tu, dulu masa sebelum kawin kan, dia ada noty2 tak? hint2 noty? ke langsung tak ada

susah jg ya nk kenal..

TapFluencer

sis rasa boleh maafkan suami sis, teruskan tapi ambil masa juga tu. kalau sy, campak hp kat suami. kena maki kena bebel la oleh sy. kalau suami mmg suka tgk body perempuan, mintalah duit kat suami. pergi cantikkan diri.

For me senang je ….. Kalau dia boleh buat …. Awak pon boleh buat… xguna nak simpan jantan haprak macam ni …. Bnda Cht2 ngn pelacur ni bukan bnda kecik ….. Biasa la mula2 chat … lepastu ajak checkin

hello semua mommies😊saya 6week 3days ☺️normal ke kalau kram bwah perut🥹tak la berpanjangan maksud dia sekejap" saja sakit🥲maaf bertanya saya sebab xda pengalaman lagi🥹anak pertama

Yup normal. Don't worry k

Suggestion saya, sbb awak baru kawin kan, awak maafkan je husband awak tu. minta dia janji tak buat lagi benda macam tu. TETAPI, kalau dia buat lagi nanti, awak tau apa awak kena buat. Faham2 lah yer.

Tetiba terus rasa nak pegang hp husband.. punyalah hampir setahun kawen x pernah check.. sekali nak check hp dia.. terkejut dia… nasib dia bagi je check.. sampai google history ku check oi..🤣

Saya rasa semua lelaki tengok benda2 mengarut ni betul ke . Xde kita dia rancak lah, bila dngn kita dia delete

tak semua lelaki. kadang kita hairan kan kenapa lelaki tu nampak macam beragama tapi hati masih liar. maknanya ada silap dia lah tu kan memang fitrah lelaki suka memandang kepada wanita tapi Allah dah perintahkan suruh tundukkan pandangan. jangan tengok langsung perempuan. bila buat apa yang agama suruh hati terjaga

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan