13 Các câu trả lời
sy pnh tny doc yg dlm The Asian Parent masa tahun lps doc tu buat soal jwb.. ktanya fbroid x macam cyst... cyst boleh mengecut dan hilang... fbroid ni sama ada membesar atau size maintain.. tp seiring prtumbuhan anak, ianya akan membsar jg smpai 1 tahap. tp bila baca komen yg lain, ada yg ckp boleh mengecut .. sy xjmpa lg yg lps beranak, mmg btul2 fbroid dh xde.. ada yg brpengalaman sendiri ke? bkn kwn korg/kwn kepada kawan nak tahu dr mummy sendiri, ada yg experience lps beranak fbroid mngecut atau takde.. cuba share.. kot boleh bg tips ke
Hi, saya baru je bersalin last year secara czer, and yes saya pun ada fibroid juga time pregnant. Masa awal dapat detect tu doktor kata ada 3 fibroid tu. Tapi rezeki saya fibroid tu tak mengecil. Saya hanya pantang soya sebab doktor HSA suruh avoid soya. Selepas 4 bulan bersalin saya operate buang fibroid tu pula sebab dah besar sangat (22cm) tapi hanya ada 1 je fibroid masa tu. Apa apa pun, jangan stress sangat sebab tu pun boleh jadi punca. Saya doakan kehamilan sis dipermudahkan. Jika ada rasa sakit perut yang melampau, segera ke PAC.
Saya pregnant 12w, fibroid saya 9cm. Waktu dpt tahu ada fibroid tu 9w juga and mmg dah besar. Dr kata tak payah pantang apa apa. Tp mcm org org yg komen kata, pantang daging dgn susu. Saya kalau teringin daging saya makan utk buat hilang rasa craving je. Saya dpt tahu ada fibroid dkt klinik swasta, then dpt surat refer terus ke hosp utk dptkan followup. Skrg saya tagging kuning under KK sbb ada fibroid, kena followup tiap 2 minggu. Moga dipermudahkan urusan awak, saya & kawan2 lain yg ada fibroid 😔🤲🏻
sama mcm saya … sy amalkn minum madu asli yg btul2 asli pcik blkg rmh ada jual dia mmang msuk hutan cari madu utk buat niaga then madu tu mix dgn kunyit + halia cincang dan 3 biji lada hitam n tambah air suam biarkan 5 mnit then mnum. mcm tulah rutin sy pgi dn ptang fibroid sy trus hilang pdahal dri 7 cm … x sure Dr x nmpk ke atau dia trus hilang tp mmang bnyk kli g review balik mmang dh xde… tp sy mnum madu time bru lps kguguran msa hamil x sure klu blh
Hi sis, saya pun pregnant with fibroid. Sy skrg 38 wks 5 d. & doctor suggest for normal delivery sbb fibroid x halang laluan. Fibroid dalam 9cm (masa awal 3cm). Also, alhamdulillah sepanjang pregnancy senang sgt, tk sakit bdn or kaki kembang ke etc. Antara amalan sy, berjalan tiap hari. Trimester 1st sayur sikit tapi 2/3 saya mmg brisk walk. Tak makan soya. Makan healthy. Saya makan yogurt etc. & make sure makan supplement. All the best sis. U kena positive ok!
Sy pregnant with 10cm fibroid. Tanya doctor tips nk kecutkan fibroid tapi doctor cakap tak ada, kena monitor from time to time. So sy google sendiri je makanan yg digalakkan & perlu dielakkan. Mostly google akan cakap elakkan daging tapi sy takde pantang daging, fibroid mengecut juga. Better sis consult dengan doctor tu, mungkin doctor yg handle sis ada pendapat lain dari doctor sy. Makan makanan sihat & selalu doa semoga fibroid tu tak ganggu tumbesaran baby ya.
Skrg awak dah berapa bulan? Fibroid awak mengecut waktu bulan berapa?
sama pengalaman macam saya, doctor detect ada fibroid masa scan 8/9 weeks size 4cm, then refer pakar waktu tu dalam belas belas weeks alhamdulillah fibroid tu hilang dah, sebab doc cakap kadang setengah cases bila baby membesar & fibroid th akan hilang dengan sendirinya sebab waktu pregnant hormon estrogen kita tinggi kan. InshaAllah semua baik baik je jangan fikir banyak ya sis 😘
actually xhilang.. mgkin fbroid trrtolak ke belakang.. nak tau betul ke x.. tunggu lps branak.. tgk ada ke tidak (brcakap melalui pengalamn) 😌
Pengalaman saya 2 kali pregnant with fibroid..klinik mmg akan refer dgn pakar di hosp..so far tidak mengganggu perkembangan janin..bila baby membesar, fibroid akan hilang @ tersembunyi..bagi kes saya, fibroid tetap ada sehingga skrg cumanya saiz tidak bertambah..doc pesan jgn minum/makan soya.
sama dgn sy.. fbroid ada, first pregnancy dr 2cm ke 6 cm kot , pstu trsembunyi.. lps branak.. msih ada. mgndung no 2..ada je ni.. cuma scan kkia dpt 6x6..scan sonobee dpt 9x9
sis saya ada kenalan yg pregnant with fibroid. mmng fibroid dia mengecut tpi masa pregnant dia membesar balik sama dgn baby. jdi masa dia 36w doc czer baby buang skali fibroid. jgn tkut tau. semoga urusan awak dipermudahkan dan selamat bersalin
biasanya xde tips2 pon nk kecutkan fibroid..ikot pandai dia..kekdg dia boleh mengecut kekdg leh membesar..bayangkn kawan sy mengandung baru 2bulan tp perut beso mcm 8bulan ngandugn..dia akan operate buamg fibroid soon
Anonymous