Susu badan drop
Hi. Sy cuma nak luahkan perasaan je. Sy sebelum ni bf anak sy. Dia lahir 3.48kg. alhamdulillah lepas sebulan berat dia jadi 4.7kg. yg sy sedih lepas je habis pantang tu susu sy drop sgt sgt. Anak menangis sambil tarik2 puting sy ni sbb susu sikit. Sy pun decide utk campur je fm asalkan dia kenyang. Dalam masa yg sama sy cuba mcm2 utk bykkan susu. Sy makan nasi byk, mkn supplemen, rebus air booster tapi susu sy makin lama mmg susut. Org kata kena keep on bg anak hisap. Masalahnya anak sy dah tanak ngempeng mcm dulu. Bila sy bg tu dia menangis mcm kena paksa. Yg paling sedih family tak habis2 paksa sy keep on bf. Bila balik kg sy bf la jgk nak bg diorg puas hati. Bila anak nangis sbb tak kenyang, baru diorg percaya yg susu sy takde. Sy sedih sbb bukan semua org ada rezeki susu badan ni. Jgn sbb kita ada, kita fikir org lain pun mesti ada. Sy dah ikhtiar mcm2, tapi takkan sy nak berkeras paksa anak bf sedangkan dia tak kenyang. Last checkup anak sy naik 600g je, again sy disalahkan sbb tak keep on bf. Sy cuma harap ibu2 yg senasib dgn sy ni bertabahlah. Semua ibu nak yg terbaik untuk anaknya. Untuk mommy2 yg ada rezeki susu byk, janganlah pandang rendah pd kami yg takde ni.