maaf sis, sy salah satu perkahwinan dari keganasan rumah tangga. dan teruk lagi dari sis. masa pregnnt pun sy kne pukul, dlm pantang pun kne, dpn mak bapak dia pun dia lempang sy, dpn kawan2 dia pun dia maki sy. dia berani pukul sy dkt public. sy bertahan sbb kaki pukul dan panas baran ni bkn mudah nk lepas dari dia memg bnyk cabaran dan dugaan. sy ada anak dua bersama dia. bnyk sgt2 pahit dari manisnya. last skali sy terlepas sbb dia ceraikn sy. dlm masa 4tahun sy dh cerai talak 3. dia senng guna kuasa veto dia. sy balik rumah parents pun kdg2 lebam2. mak adik beradik dia pun dh nasihat tp dia jnis ego penting diri dan semua dia yg betul. dgn perempuan lain atau pmpuan tmpt kje dia kemain lembut ckp. dgn bini mcm musuh. sy smpai trauma. dkt sy je ada 3 report antara report2 polis tu sy buat senyap2 untuk rujukkn mahkamah atau apa2 urusan, tp tak habis dkt cerai, dia jadi gila talak, smpai nk suruh cina buta mcm2 hal dia ganggu kacau sy. now sy dh kawen lain dan sy sgt2 bahagia sis🥰 anak2 dgn 1st husbad duduk membesar dgn sy,anak dgn suami yg skrg 1 nk masuk 2. kira nya anak yg sy lahirkn nk masuk 4 dh, now sy happy sbb dpt suami sgt2 penyabar penyanyang, setia. jgn duduk dlm hubungan yg toxic mcm tu. angkt kaki sis bawak anak. buang masa, dia takkan berubah dan ank2 tertekan nnti.
sis Nak pendapat kami ke? kalau kami Jadi sis.. better mngadu kat keluarga bgtaw dan tumpang rumah diorg dlu trus pergi buat report polis, dan Mohon cerai di mahkamah.. xperlu kaunseling dh jantan Macam tu.. sbb ape sy ckp mcmni.. sbb sy pernah lalui ex dlu kaki pukul kuat cemburu, dh la die isap dadah xnk keje, jaga Anak pon xbole pastu Bila sy keje die tuduh main dgn jantan lain.. aje giler sbb pengaruh dadah.. sbb pikir masa depan anak2, sy lari masa die keluar beli barang.. nekad mmg xkn patah balik sbb die memukul n ugut Nak bunuh.. tu tahun 2012.. now sy dh kawen suami Baru 2019 Alhamdulillah kami bahagia dan anak2 semua seronok sbb dapat seorg ayah dan suami yg tepat.. yg penyabar.. insyallah sis bole tu.. melainkan sis Masih sayangkn suami sis tu lagi.. sy doakan semoga sis dilindungi Allah Dunia dan di akhirat.. aamiin
kalau sis taknak keluar dari kekerasan rumahtangga ni, jiran2 lg la tak boleh tolong. so semua kena bermula dari sis. anak dah 5, masih pukul bantai bini depan anak2? sis ada jawapan tu dah sebenarnya. sis pun ada kerjaya, jd tak risau pasal pendapatan. harini sis kena pukul sbb ddk sebelah lelaki (yg bukan sis nak), sis kena maki kena tarik rambut kena tampar sbb makan durian. esok lusa dia tikam bunuh sis, masa tu tak boleh patah balik dah. baru je husband sy bgtahu pg td yg suami bunuh isteri dia kerja nurse sbb cemburu buta. anak2 2 org masih kecil yg tak bersalah tu kena ambil JKM dah pasti. kalau kita tak kesian diri kita, fikirkan anak2 sis. mampu ke mereka membesar tanpa ibu, nauzubillah. & ddk bersama ayah panas baran.
ye suami askar xsilap. bini nurse. kita pun tahu nurse jaga pesakit lelaki dan perempuan. tu pun nk dicembjrukan. anak dah dua. sy harap pengadu ni cepat2 buat keputusan. dr cara posting dia meeting maybe she has high post in the company. better of alone sis dr kena seksa batin
Kalau malam tu jiran tolong pun boleh settle ke masalah suami awak? Of course jiran akan ambik jalan selamat x masuk campur urusan rumah tangga sbb diorg x tahu hujung pangkalnye. Awak pun bgtahu, awak tahu apa akn terjadi balik nnt, berdoa pd Allah supaya lindung awak. So u really know who he is, tahap panas baran yg mcm mana. I do not know what to comment. Just boleh bgtau, kalau syg kan nyawa anak2 awak dan diri awak, please lah keluar dr domestic abuse nie. Terlalu byk domestic abuse kt Malaysia nie yg x dilapor atas alasan masih syg suami dan syurga bawah telapak kaki suami. That's bullshit okay. TT ambik lah iktibar dr kes Siti Munirah, jururawat di Perlis yg kena tikam dgn suami die tu ye. Harap dpt lah buka mata si TT.
Allahu sedihnya baca, saya pernah hadap lelaki macam ni (zaman bercinta) kena bagi tahu detail semua kita buat, nak kerja pun susah, kaki pukul cekik kita pijak kita.. pernah gaduh kat public saya mintak tolong orang, dia tarik baju saya sampai koyak tapi lumrah hidup orang tkkn masuk campur 🥲 jantan macam ni sebenarnya apa yg dia selalu persoalkan kat kita tulah perangai dia 😌 dia takut apa yg dia buat tu kita buat belakang dia. kesian kat awak sebab awak dah kahwin anak pun dah nak masuk lima 🥹🥹 semoga Allah lindungi awak yg pasti cari la kekuatan keluar la dari zon macam ni. jangan percaya ayat manis dia, orang macam ni takkan berubah
betul2.. mcm sy dlu zaman bercinta sampai snggup pukul sy tkot sy ada lelaki lain.. smpai nk berckp dgn lelaki pun x boleh.. walaupun Kwn dia sendiri tnye soal kerja.. n sebab cemburu buta... tkot kita curang padahal dia yang curang.. ptut la family sy x suka dia.. mybe naluri ibu tu kuat.. dia x benar kn sy berkawan dgn lelaki tu lgi.. alhamdulillah berkat doa dan Istikharah sy terjwb Allah hadirkan sy seorg suami yg Sgt baik.. dan family pun restu hubgan kami.. Kak kalau dh ank 5 masih cemburu n terpacaya kn akk.. baik akk fikir baik2 untk diri akk n ank2 akk.. kalau akk sendiri tertekan.. akk rasa ank2 akk boleh ke mmbesar dgn tekanan jiwa bapak dia pukul Mak dia.. tkot ank2 jdi mangsa.. doa la kan n mntk Allah bgi jln terbaik untk akk dan ank2 akk..
Maaf ckp sis, laki camni jenis mental. Xyah kire la time baik dia tu sbb org mental mmg camtu. Baik kejap2 time naik gile abis dia balun. Org dekat rumah sy pn ada mcm ni, bini keje taska. Klu kena time bapak budak yg dtg amik anak dorang, x pasal2 dia pukul bini. Laki cmni takut dgn bayang2 sendiri. Tah2 dia yg curang sbb tu fikir bukan2 pasal bini sendiri. Tp sy pn xleh nak brain nape bini dia masih lg setia ngan laki cmtu. Sis pn ada keje sndiri, apa2 boleh angkat kaki. Jgn la bg alasan demi anak, demi xnak anak hilang kasih syg ayah. Pikir la diri sendiri dulu. Anak2 xkan membesar dgn baik pun dgn environment mcm tu
berpisah.perkara yg paling dibenci.tetapi jika dia memudaratkn dirisendiri n kids.drp menanggung dosa syik bcerita kburukn wlaupun skdr ngadu..kalau kuat menanggung tnpa mngadu.stayla lama2.menuduh zina tnpa bukti 1 kategori berat.puan sgt bagus mnerima seadanya.mgkin itu yg puan nak dengr dgn bcerita dsini..disini tpt baby..x pasal2 kami pun tabur saham..stay yer..jgn lari..nnti kena gari...apalah wahai kaum sejenisku..bila hati terlampau syg..semua ditolak tepi..betullah tu..semua ditakdirkn.Tapi kita msti berusaha mjauhi kemudaratan..mgkin hati pun serabut.x dpt fikir dgn waras.
cemburu yg mlampau smpai hlg iman dlm diri, pnas baran.. x cuba bwa pergi bertawar ke brubat mcm tu, nauzubillah kena buat2.. mcm bks suami sy. msa dia dgn sy , dia mcm suami sis ni juga last2 sy pregnant sy x bgtw diaa sy pergi tuntut cerai dn sy menang kes. lepas dh cerai, dia ok dhh, anak pn dia happy bole jmpaaa.. tnya parents dia rupanya kena buatan, dn kmi brbaik pn sbb nk happykn ank. dia pn dh ad wife bru sy pn dh ad husb baru.. hdup msing2 dh. . Tp klw mmg sbelum kahwin dia mcm tu, rsanya sis perlu angkat kes 🥺🥺 Mnderita tau nk hdup dgn psgn mcm tu.
Maaf tanya, suami awk gila ke? Sebab dia nak tahu benda pelik2 😰 nak tahu siapa duduk sebelah ok lg sbb mungkin dia jenis cemburu orangnya. Tp kenapa sampai nak tahu menu durian ada ke tak ada, awk mandi pun sampai dia fikir awk mandi wajib.. suami awk ok ke tak? 😅 kalau pelik sgt macamni awk kena tinggalkan dia. Sorry ye cadangan sy ni agak keterlaluan tp pada pendapat sy dia pukul dan maki awk tanpa sebab. Awk mcm dah jd mangsa kekerasan rumahtangga ni a.k.a mangsa dera. Bodoh kalau awk masih bertahan dgn dia
tu lah, nk tau siapa dok sebelah. ni kalau naik pengankutan awam, jenis kena tukar naik bas perantara, naik LRT pastu tukar naik MRT rasanya lagi haruuuuuuuu.. MRT LRT penuh bukan kira laki pompuan tua muda, org peknen, org cacat semua campur. mampos kena bg laporan. jgn smpi kena mcm nurse yg dibunuh tu sis.. ambik iktibar. i believe u r educated and have good position in ur company. tolong lah jgn melukut smpi begini. kesian kan diri sendiri dulu
Dah macam drama. Dalam drama pun patutnya dh alert benda mcm ni tak normal ya. Tolong keluar dari masalah rumah tangga Kalau dah melibatkan pukul pukul. Gambar bukti lebam tu semua. Cari org yg awak percaya. Ibubapa ka. Send gambar tu then delete takut jantan tu check hp awak. Bila dah start pukul, bawa la anak anak awak keluar dari rumah tu, terus buat report. Tak ya lagi fikir lelaki kaki pukul ni boleh berubah, once dah start naik tangan, tak mustahil dia boleh buat lagi teruk dari tu. Banyak dah kes kes mcm ni sis. Cemburu buta laki tu
Anonymous