7 Các câu trả lời

pastikan awak minum susu yg telah dipasteurkan atau dimasak. boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni. Ibu hamil tanya: Doktor, bukankah susu kambing tu bagus? Orang kata susu kambing tu sunnah? Jawapannya: Semua jenis susu binatang boleh membawa bakteria yang boleh memudaratkan manusia jika tidak dipasteurkan atau dimasak sebelum diminum. Susu lembu kaaa, susu kambing kaaa, susu unta kaaa, kalau anda terima hat mentah, toksahlaaaaa minum mentah-mentah. Anda mesti masak dulu sampai mendidih atau mempasteurkan susu sebelum selamat diminum oleh manusia. Jika anda beli susu fresh di kedai, ia sudah dipasteurkan atau sudah sterilise. Tetapi jika anda terima susu yang baru diperah dari ladang ternak, ia susu mentah yang mesti dimasak sehingga mendidih dulu supaya selamat diminum. Apa dia bakteria yang boleh memudaratkan manusia yang kita jumpa dalam susu lembu dan susu kambing? Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. coli, Listeria dan Salmonella. Apa dia gejala yang anda boleh dapat kalau dapat penyakit dari bakteria-bakteria ini? 1) Demam 2) Sakit perut 3) Muntah 4) Cirit-Birit 5) Sakit-sakit badan 6) Sakit-sakit sendi 7) Keguguran jika anda hamil 8)Kelumpuhan jika dapat Guillan Bare Syndrome 9)Haemolytic Uraemic Syndrome dan kegagalan buah pinggang 10) Stroke Kesembuhan dari penyakit-penyakit yang anda dapat dari bakteria-bakteria ini boleh mengambil masa yang lama dan mungkin memerlukan rawatan selama 6 hingga 8 minggu. Kes kematian akibat penyakit-penyakit ini pun sudah banyak lapurannya. Ingat yaaaa....apa-apa pun usaha kita untuk meningkatkan kesihatan kita, jangan telan susu mentah dari binatang, dan jangan telan benda pelik-pelik. Dr Imelda Balchin Pakar Maternal & Fetal Medicine

TapFluencer

Saya sblum pregnant mmg amalkan susu kambing fresh ni.. lepas pregnant sambung minum tp perut takleh nak trima masa awal kandungan. Skrng dah masuk trimester 2 nnt saya akan continue balik hehe. Kalau perut awak ok blh trima thn minum je janji yg dah melaluo proses pasteurised la..

Dua2 baik awk. Susu kambing ni baik diminum tidak kira la di awal kehamilan ataupn di hjung kehamilan.. Baik untuk bagi baby lahir bebas kuning/jaundice dan bnyk lg kelebihan lain. saya pun consume susu kambing jg, tp sy beli tepung punya hi-goat/ota-goat.

jgan minum yg fresh sis . saya pregnant suka minum brand higoat . beranak anak kuning tak tinggi sangat

fresh milk. cari jenis pasteur atau uht selamat utk diminum

Jgn minum susu fresh. Minum susu yg telah dipasteur sahaja

minum susu yg dipasteur

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan