SUPLEMEN UNTUK WANITA MENGANDUNG : IBERET, NEW OBIMIN & MALTOFER

Suplemen yang penting adalah Iberet, New Obimin dan Maltofer. Ketiga-tiga suplemen ini berfungsi untuk menambahkan zat besi bagi ibu mengandung dan memastikan kadar hemoglobin sentiasa pada paras yang selamat. Ibu mengandung tidak perlu untuk mengambil kesemua suplemen ini sekali gus. Sebaliknya perlu mengikut nasihat doktor dan bergantung kepada keperluan semasa. • Iberet - Dibuat daripada Ferrous Sulphate, Folic Acid, Vitamin B1, B2, B6, B12, Vitamin C, Nicotiamide dan Calcium Pantothenate. - Diambil 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Suplemen iberet hanya boleh diambil mengikut dos yang dinasihatkan oleh doktor. • New Obimin - New Obimin terdiri daripada bahan-bahan berikut: Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B1, B2, B6, B12, Niacinamide, Asid Pantotenik, Asid Folik, Zat Besi, Kalsium dan Iodin. - Suplemen ini perlu diambil semasa atau selepas makan mengikut dos yang telah dipreskripsikan oleh doktor. Nasihat doktor juga diperlukan sebelum suplemen ini diambil sebagai vitamin harian. • Maltofer - Terdapat dalam bentuk sirap, tablet dan titisan. Suplemen dalam bentuk tablet adalah yang paling biasa diambil. - Setiap tablet mengandungi 100mg zat besi. - Wanita hamil perlu mengambil 1 tablet sehari semasa atau sebaik sahaja selepas makan. Ia boleh dikunyah atau ditelan terus.

SUPLEMEN UNTUK WANITA MENGANDUNG : IBERET, NEW OBIMIN & MALTOFER
1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sy makan iberet 😊