sekadar luahan
suami dalam fasa busy kerja. ada 17 18 jam kerja. balik pkul 11 lebih/12 lebih. bergantung pada keadaan.. esok pkul 6 lebih nk bangun g kerja sbb tmpt kerja pon tak dekat jugak dri rumah. so malam mmg sy yg tidurkan anak. suami balik sy biarkan dia rehat.suami mmg ada membantu. tp nampak laa raut muka dia penat kerja.. anak brjaga sejam stengh mesti nk nyusu. dan dgn demam tempoh hari. smpailah harini. sy xdpt nk masak ke apa sbb anak meragam demam selsema hingus meleleh. anak 7 bulan lebih. nk prhatian lebih. entah la. smpai sy rasa tunggu bdn sy k.o masuk hospital jela kot bru dpt rehat. suami kerja qc engineer. ksian jugak dkt dia penat. sy duduk rumah sorg. takde kawan .smua jauh2 dan ada khidupan sendiri. mak ayah jauh. nk jalan,anak pulak mragam kalau sy drive dia xboleh duduk diam dkt carseat. kalau diam pon dia tidur/skejap je. xkn nk brhenti tepi highway semata nk tenangkan dia. lesen sy dah mati bulan 11 tak tahu bila ada masa nk pergi renew. entah la. dgn suami takde cuti. sbb kerja dia kalau rilex rilex betul. kalau busy mmg betul2 busy. xtahu mcm mana ibu2 yg anak ramai handle bila emosi situasi mcm ni. sy yg anak sorg pon entah la. bukan sy merungut ke apa. cuma kadang2 trdetik rasa lelah tu😔 dah 7 bulan lebih ikut usia bby sy tak drive sana sini. jalan sendiri. dgn bdn sakit2. kalau org kata kerja lagi penat. bg sy duduk rumah lagi2 penat. sy pon pernah bkerja sbelum mngandung. brhenti sbb alahan teruk . ni sy akan jaga baby smpailah umur 2 tahun sbelum hntar taska dan sy start bkerja balik. bukan merungut. sy hargai moment ni. cuma kadang tu sambil2 berus jamban rasa sebak tiba2..