20 Các câu trả lời

puan boleh terus check di klinik atau hospital . saya heavy bleeding masa 5 weeks , 13 weeks dan paling banyak masa 14 weeks , tapi semua terus check di klinik. cuma yang 14 weeks terus check di PAC hospital sebab bleeding yang sangat banyak. setiap kali jadi bleeding or spotting memang terus je check di hospital atau klinik sebab apa-apa masalah doktor boleh detect dari awal. doktor bagi ubat untuk hentikan pendarahan dan perlu sentiasa rest tak boleh buat kerja berat . disebabkan heavy bleeding tu saya dirujuk kepada pakar o&g hospital sehingga 27 minggu. doktor diagnose threatening miscarriage. alhamdulillah masih rezeki baby baik2 ja sampai sekarang dah 28 weeks .

oh mcm itu.. tq ya.. sy byk kena migrain.. risau juga.. tp dr ckp biasa mcm tu

sis pegi spital cek.. refer doc lbh baik. moga xde apa2 yg buruk berlaku. sy dlu kluar coklat2 xde drah fresh, x banyak pun. mula g klnik, doc scan nmpk, doc ckp biasa je, pstu bkk buku pink, tny misi dan dia siap call doc pn ckp biasa je. esoknya sy bngun tdo dn kluar mcm piyed tiba2. perut xde cramp ke sakit ape ke. gegas sy g emergency. 11 minggu.. gugur.. 😣

saya pun TTC 3y. masa pregnantkan anak 1st sy spotting masa 7w. sy ke klinik swasta, sebabnya belum ada buku. on makan Duphaston. masa 9w tiba² bleeding. sedangkan sy bed rest dah. terus ke ED. warded 23h. doktor cakap threaten miscarriage. saya ingat satu je doktor pesan "sepanjang mengandung, keluar je ape². terus ke ED"

itulah. better ke ED.

Alhamdulillah.. thanks semua yg bg response/advice/suggestions.. dah pergi.. Alhamdulillah.. baby ok.. sihat sejahtera.. siap melompat masa scan.. active bergerak.. doc bg ubat kuatkan rahim.. mcm biasa kalau bleeding lg kena terus ke hospital.. terima kasih semua.. Alhamdulillah

pergi hospital & pantau kuantiti darah. Sy mula2 kluar brown. Scan atas bwh baby ok nmpk heartbeat dh esoknya kluar darah merah titik2 ptg tu gugur. Complate miscarriage skang tgh pantang hari ke 8.. Doakan sy cpt dpt baby lps ni.. Aamiin..🙂

Ni bukan spotting dah kot.. macam banyak ni. Saya spotting besar syiling 20 sen pun saya pergi cek. Maka jangan tangguh lagi ya. Semoga semuanya selamat.

Pegi Check klinik sis.. trauma sy tengok freshblood mcm nie😥 moga dipermudahkan segala urusan sis.. aaminnn🤲🏼

Puan pegi ke hosp cepat utk dptkan rawatan. Sy masa 5wks spotting sikit and bukan fresh blood pon doktor dh risau.

Hi sorry nak tumpang tanya, kalau ada spotting nak pergi hospital dekat department mana? #firstbaby

G je hospital……saya dari awal smpai dah nk melahirkn xde setitik pun darah kluar

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan