Suami Gaji Besar Tapi Kedekut Nak Beli Rumah

Sorry out of topic. Saya stress sebab suami sy gaji besar hampir 20k tapi bila sy ajak beli rumah dia minta sy share separuh. Suami memang tanggung belanja rumah 100%. Dia beli barang dapur etc guna duit dia. Kalau sy shopping barang anak semua sy claim dgn husband. Sy cuma bayar insurance sendiri je n shopping benda yg sy rasa husband takkan approve. Tapi kami masih duduk rumah mertua (rumah kosong mertua punya) sejak kahwin 6 tahun lalu. Mertua duduk rumah lain lorong sebelah rumah yg kami duduk skrg. Dia ada rumah apartment tapi disewakan. Sy nak rumah landed corner atau semi-D. Mula katanya okay. Kami dah survey2. Tapi bila bincang dia suruh bayar half. Gaji sy cuma rm3k, banding gaji dia jauh beza. Saya ke yg demanding? Sy dah cuba berjimat banyak dah. Dia suruh beranak swasta sy kata bazir n proceed beranak hosp kerajaan je. Lepas tu sy breastfeed anak. Dah berpuluh ribu sy jimatkan kat situ. Jadi boleh lah gunakan duit yg dah save tu utk downpayment rumah. Stress lah fikir. Belum part nafkah lagi. Sy jarang beli baju etc, so patutnya ada lah bg nafkah dlm bentuk duit. Ke mana entah agaknya duit dia pergi.

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

i bercakap as property agent, deposit rumah bukan setakat 10k, malah lebih. dengan nak bayar lawyer lagi, tambahan ni bukan first home dia, so dh xboleh full loan. rumah semi-d or corner lot teres, kurang2 harga RM800k, deposit sahaja 10% RM80k, tak termasuk duit lawyer lagi. rumah dh siap, kene beli barang perabot, xkan duduk kosong kan ? another 10-20k. kos untuk bersalin swasta, paling2 pun caesar maybe cecah 20k. if normal delivery takde complications, roughly 5k. jauh beza kiraan kos bersalin swasta dan beli rumah. alhamdulillah, puan ada tempat berteduh yg selesa dan x share dgn mertua, dan alhamdulillah juga dia tanggung semua nafkah makan minum tempat tinggal dan segala keperluan yang penting. dia bukan kedekut, mungkin ada benda yang dia saving, maybe untuk emergency, untuk future education anak. kalau nak beli rumah juga, tanya dia apa yang fikirkan ? either kemampuan dia setakat rumah 300k, which is boleh dpt condo juga, tak mampu landed lagi. maybe dia ada personal loan, CC, itu punca dia dh high commitment, mungkin dia dh apply loan rumah, tapi tak lepas, sbb tu dia ajak joint loan. bila combine payslip, akan lebih strong walaupun pasangan gaji 3k . cuba bincang. tak mungkin suami yg dh berkemampuan mcmtu tanak ada rumah sendiri yang selesa kan. bincang baik2 ye puan

Đọc thêm
2mo trước

Anonymous: Itulah kalau suami sy pandai urus kewangan sebenarnya boleh je beli. Sy tak tau mcm mana dia boleh banyak hutang cc. Kalau downpayment tu sy boleh je tolong sbb cash sy ada. Bulan2 tu dia lah bayar 100%. Hmm. Dia ni kena masuk kelas urus kewangan kot.

My advice to you sis. Tak apa, tak perlu beli rumah kalau husband tak agree. Find happiness in other way, sis mintak duit pergi shopping, pergi vacay, and you should just go to hospital swasta as he already offer kan. Tak perlu rasa serba salah nak guna duit husband pula. I think tak perlu being pushy dlm isu beli rumah, bersyukur now sis mmg dh ada rumah yg selesa kan. Gaji 20k tu tak banyak mana if you r staying in kl / selangor tapi boleh hidup sgt selesa w/o hutang baru, tp berkemungkinan besar mmg both of you mampu je if nak buat hutang baru pun. Apapun, either u beli or tak rumah, ask urself? Are you happy with / without the new house? Sy faham perasaan kita as wife ni nak jugak kan, tp u can have a lot more to cherish other than overthinking psl isu rumah. But! Habiskan duit husband u tu dgn benda lain, jgn biar balance byk sgt, risau jugak ek zaman skrg hahaha gurau je sis. Hopefully my ans melegakan sis.

Đọc thêm
1mo trước

Sy jenis resah selagi tak ada rumah. Setiap kali pantang sy dok fikir psl ni. Tak tahu lah kenapa sbb masa pantang byk masa terluang kot. Mslhnya sy bukan jenis kaki shopping. Vacation pun tak suka tempat sejuk hahaha. Itulah risau gak kan duit banyak2 ke tempat lain haha. Nak habiskan duit dia tp sy suka rumah je 😅 bukan suka ni tahap obses rasa stress setiap kali fikir takde rumah sendiri.

kira skrg awakk duduk rumah mertua lah cuma tak ddk sama je kan..pada saya ok je klau ddk rumah tu daripada ddk serumah dgn mertua .mne tahu nnt rumah nye tu mertua bagi kat suami awak ke kan....jimat jugak tu. klau tak byar .klau beli rumah lain kena byar ..tpi klau mcm nk rasa beli rumah sndri boleh je bincg dgn suami..

Đọc thêm
2mo trước

Mertua bagi tumpang je sementara cari rumah sendiri. Dulu pkp mmg income tak ada jadi mertua bg tumpang, skrg income dah ok patut kena cari rumah sendiri. Tapi bila bincang jd gaduh pulak. Katanya mengungkit sbb sy cakap pasal sy save tak beranak hosp swasta tu. Sy just nak cakap amount yg sy dah berjaya jimatkan tu boleh invest beli rumah pulak. Sy kot yg tak pandai nak berkomunikasi. Maksud sy lain dia ingat sy mengungkit pulak.

Bab ni sis mmg kena dicsuss balik dgn husbnd sis, nak kata demanding atau x, x berani nak ckp apa2 sbb hal rumahtangga org lain. Stiap rumah tangga mmg berlainan cara. Kna dptkn kata sepakat yg masing2 husbnd & wife boleh compromise. Klu mmg xleh bawa bincang lgsg, cuba bawa dptkn bantuan yg lebih arif jumpa counselor. Semoga mudah urusan.

Đọc thêm
2mo trước

Terima kasih atas nasihat. Itulah kata2 sy ke agaknya yg menyebabkan dia minta sy bayar half. Sbb sy kata sy jimat byk sebab tak beranak swasta so bolehlah invest kat rumah. Dia kata sy mengungkit. Pdhal sy nak cakap konsep investment brp banyak kita rasa dah save amount tu kita boleh invest. Dah berbalah pulak. Sy yg tak reti berkomunikasi kot.

Btw ok lah tu gaji sis 3k, gaji suami nak 20k… soal yg x patut digaduhkan utk org ade duit. 3k pun bleh crik umah sndirik .. kami ni gaji negative tiap bulan . Umah ihsan mak bapak suami bg sewa 300 sebulan. Umah buruk betulkan sndiri . Syukurlah sis, sama jek corner lot ke tengah ke atas ke rumah jugak.

Đọc thêm

Rumah under 300k jeklah kurang beban.. kdg gaji besor selera besor susah gak. Duit boleh gune utk bnyk bnde lain travel ke apa . Bt duk umah saja bt apa. Bayo 1000+ tu make sense lah utk rumah trmsuk api air… kalau sebulan rumah lebih 2-3k tu bazir jek pd saya

better awk beli rumah sndri. gji awk pun 3k. lebih dri mmpu tu. sbb awk tak kena byr papepun. at least, awk ada aset utk masa depan. dia nk kedekut lantak dia . awk jgn harap pape pun kt dia klau tau dia jenis kedekut

2mo trước

3k dh ckup nk beli rumah awk.. melainkan klau awk demand nk rumah yg gah mmg tak ckup laa.. tpi at least ada aset la drpd mengharapkan laki beli rumah mmg takkan dpt.

gaji 20k brp komitmen bulanan dia? kne discuss n tahu kewangan psgn samada dia mampu ke byr loan rumah stiap bulan..

2mo trước

Itulah sy nak tanya commitment nanti dia reply “kenapa nak tolong bayarkan ke?” Sy ni tak reti lah nak communicate. Husband sy ni berahsia sikit.

Influencer của TAP

Beli rumah sendiri atas nama puan seorang. Jangan kongsi. Yg lain, syukur...

2mo trước

Itulah kan. Mula dia mcm ok nak beli rumah bayar sorg2. Sy nak beli sendiri tak berani. Takpe lah sy tanya org yg pandai bab beli rumah ni.

kene bincang balik dgn husband

2mo trước

Terima kasih sis. Sy cuba berbincang tanpa bergaduh 🤣