23 Các câu trả lời
Sedapnya sis sambal buah konen. Saya dulu sebelum pregnant memang suka sangat buah ni. Kalau terjumpa je sapa-sapa yang jual, memang beli siap-siap buat stok. Tapi lepas dah pregnant ni, doktor pesan untuk kurangkan makanan masam takut baby tak dapat cukup nutrisi katanya. Lepas tu saya selalu diserang masalah angin dalam badan n selalu cirit birit. Sekarang just makan sup sayur n nasi putih je,, yang ni mampu tengok gambar jelah
Tempat saya susah lah nak dapat jumpa buah konen. Untung lah sis dapat merasa n siap buat sambal lagi. Yang saya tahu buah ni bagus n selamat je diambil masa tengah mengandung. Sebab ada yang saya baca dekat Facebook dia cakap kaya dengan vitamin A iaitu membantu menjaga kesihatan mata, Meningkatkan daya tahan dan sistem imun, Mencegah gangguan mata, seperti rabun jauh, mata minus, mata plus, dan astigmatisme
Saya suka buah konen. Belakang rumah mak ada tanam dua tiga pokok. Setiap kali datang mai musim dia, penuh buahnya. Kalau saya, saya suka yang sudah matang dan masak sebab rasa dia lebih okay. Kalau makan dengan family pun mak selalu tumbuk jadikan sambal. Memang nasi satu periuk penuh la kami sekeluarga sediakan. Time pregnant saya makan okay je takde masalah.
Antara salah satu sambal favourite saya adalah buah konen. Memang mantop gila rasa dia! Waktu pregnant saya selalu juga makan dengan nasi panas n ikan rebus goreng. Masyaallah tak perlu dah kot p melantak makanan hotel, sebab yang ni pun dah sedap sangat sangat. Husband pun ikut sekali sampai cakap simpan sikit untuk dia nak makan untuk lunch nanti hehe
Sedap ke awak? Saya tak pernah pula makan sambal konen ni sebab bukan penggemar makanan pedas. Last dulu ambil makanan pedas waktu zaman sekolah. lepas haritu saya kena buasir teruk sampai selalu masuk keluar hospital. Memang trauma gila lah. Sampai dah jadi mak orang ni pun saya tak pernah sentuh cili, biarlah yang jadi dulu sebagai pengajaran
Khasiat buah konen atau kuini ramai sebenarnya orang tak tahu. Ia sama jugak macam ambil buahan lain, cuma buah ni kalau ambik time dia masih muda atau dara, rasa dia agak lah masam n sedikit pahit. Kalau buat rojak buah pun sedap. Kalau jadikan sambal macam ni, memang saya tak boleh makan sebab tentunya pedas. Sian baby dalam perut nanti huhu
Bila tengok gambar ni, teringat pula dekat arwah nenek saya. Dia selalu buatkan sambal konen ni untuk anak cucu dia yang balik. Memang sedap sangat-sangat.Dulu masa mengandung anak first, mengidam sangat nak makan sambal buatan nenek sampai sanggup balik kampung. Rasa dia memang takkan jumpa dekat tempat lain la
Okay ja sis, sebab buah konen ni pun sama je dengan buah-buahan yang lain. Khasiat buah konen ni dia tinggi dengan serat bagi membantu Melancarkan pencernaan, Mencegah terjadinya sembelit, Mencegah masalah pencernaan, seperti gagal ginjal dan batu ginjal serta menghalang lemak yang masuk di dalam tubuh
Sorry sis saya kurang suka buah konen ni sebab susah sikit nak jumpa. Kalau makan pun, ambil yang orang bagi saja. Lagipun masa pregnant saya amalkan pemakanan lebih sihat sebab taknak masalah dekat baby, pastu tak nak berat badan naik. Ni kalau makan dengan sambal pulak konfem makan tak cukup pinggan
Buah konen boleh je sis ambil waktu tengah pregnant. Orang cakap kalau suka makan masam-masam, tu tandanya baby girl. Tapi kalau sis suka yang manis, tu tandanya baby boy. Tapi memang sedap sangat kan letak buah ni dalam sambal. Menitik air liur ni hah bila imagine makan dengan nasi putih panas-panas