8 Các câu trả lời
Pengalaman sy bersalin normal induce di HSA JB. Sy kena tahan wad 5 hari lepas bersalin faktor nadi saya laju dan HB sy dari 13.7 drop sampai 10.6. Doktor decide untuk pantau sy dan infuse darah 1 beg kecil untuk hb naik. Baby sy pula kena tahan wad baby 2 kali. Mlm lepas bersalin nurse wad baby jagakan baby sebab sy lemah bersalin petg x dpt jaga baby. Kali kedua baby sy kena tahan 6 hari sebab kuning. Dalam RM100 lebih je awak. Dekat RM200 la. Kalau kakak ipar sy baru ni ada bersalin sana, masuk hospital tengah malam pukul 2 pagi dh 4cm. Jam 5 petg esoknya dah bersalin. Lusa tu terus dapat balik. Sebab baby dan ibu takda apa masalah. Akak ipar sy kena bayar dalam puluh ringgit je macam tu. Kalau bersalin czer saya tak pasti. Standby dlm RM300 je awak. Kerajaan ni tak mahal sebab ada subsidi.
Sy bersalin 4/5 hari tu husband bayar deposit RM15 masa register.Untuk kos bersalin sy tak perlu bayar sbb sy kena covid19 masa duk dekat pusat bersalin. Nanti awak nak bersalin kalau boleh pakai mask dan jaga2 jugak sbb takut kena covid macam sy.Nasib baik jgk doc decide czer utk sy sebab masa kena covid mmg tak larat nak teran.
sy pernah bersalin govt n ade kes plasenta previa dok kat hosp sebulan sbb bed rest n kne bersalin czer kos total rm290 shj.
ni hosp kerajaan kn? klau hosp gomen xde depo. standby la max 300 if bersalin czer. klau bersali. normal x smpai 100 pun
Nak tahu jugak, dekat HSA tu suami tak boleh teman kan time bersalin? Kalau dekat ward boleh tak?
oh, tak boleh ye. Saya gap 7 tahun. Lama dah tak beranak. Hihi. Tak tahu rules baru skrg ni.
saya czer rm 100 sis. kalau normal rm 30 kot . kalau duduk wad kelas 3 sehari rm 3
saya baru bersalin HSA harituh
rasa nya hospital gov semua sama. kalau normal tak sampai 100 pon.
Nur Raihan